Srikandi Timur

Srikandi Timur
Sehalus rasa,Sedalam Makna

"Jangan Lupa Komen Ye..."

Anda Boleh Menukar Fon Pada Blog Ini Untuk Keselesaan Semasa Membaca

11 December 2011

Keagamaan : Setiap 1 ribu : 999 ke Neraka dan 1 saja ke Syurga !




Dalam lautan manusia yang berbondong-bondong di Yaumil Mahsyar. Sejak Adam sehingga manusia terakhir, nanti akan ada manusia yang meminta agar dikembalikan ke Malaysia untuk beramal. Tetapi masa itu sudah lewat. Bumi Malaysia telah hancur lebur. Hilang bagai puing-puing. Terpelanting. Tika bumi dikiamatkan, segala-galanya tiada. Takhta, kekuasaan, tidak ada lagi dalam sebutan. Yang ada hanyalah penantian yang panjang.

Harta dan anak pinak, semuanya tidak boleh menolong. Semuanya sibuk dengan urusan peribadi. Semuanya menunggu ulang tayang video hidup tika di atas bumi, entah berapa ribuan tahun menenati di padang pengadilan.

Usahlah menanti untuk kembali ke bumi asalmu. Itu menjadi mimpi di siang hari. Hari-hari sesudah Mahsyar, tanpa penghujungannya. Syurga dan neraka itu ada bezanya.

1. Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yg lain.. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yg tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

2. Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya

"Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa".
Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

3. Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi..

4. Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yg kembang membesar dari biji benih.

5. Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

6. Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

7. Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

8. Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah Ta'ala. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

9. Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

10. Terdapat satu kolam kepunyaan Nabi Muhammad s.a.w. bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

11. Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

1. Pemimpin yang adil.

2. Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

3. Lelaki yang terikat hatinya dgn masjid.

4. Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

5. Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".

6. Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

7. Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

12. Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah Ta'ala. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah saw. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

13. Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad s.a.w. ke hadrat Allah Ta'ala. Lalu diperkenankan doa baginda..

14. Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga `Arasy itu tiba dibumi.

15. `Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah.. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

16. Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari `Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

17. Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & `Atid / Kiraman Katibin.

18. Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing-masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

19. Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad s.a.w., dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

20. Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

21. Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

22. Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

23. Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

24. Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata-kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.

25. Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat..

26. Syafaat Nabi Muhammad s.a..w. di akhirat :

a. Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

b. Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

c. Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah Ta'ala.

27. Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

28. Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya. .

29. Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

30. Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka



06 December 2011

Kitab Memintas Dajal 11/13 Dari Anak Raja (Darah Naga) Kepada_Rakyat_Jelata

11/13 = Dari Anak Raja (Darah Naga) Kepada_Rakyat_Jelata


●▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬●
             Gurindam Rintihan Raja-Raja Melayu
(sebarkan sehingga sampai ke mata-telinga TUANKU)
●▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬●

11/13 = Dari Anak Raja (Darah Naga) Kepada Rakyat Jelata
disusun oleh:
Srikandi (pewaris Bani Jawi) 

Assalamualaikum pemula bicara,
Kepada semua rakyat beta,
Hamba rakyat raja di jelata,
Moga selamat aman sentosa.

Pujaan langit Allah yang Esa,
Salawat junjungan Nabi sentiasa,
Ahlul-bait dirahmati semesta,
Juga kepada sahabat berjasa baginda.


Raja-Bendahara satu zuriat,
Iskandar Zulkarnain asal hakikat,
Memutus bicara bersatu wa’ad,
Daulat... Bertambah daulat !!!

Wahai cucunda Raja-Raja Melayu,
Hibanya hati nenda nan sayu,
Payungi kembali agama wahyu,
Jangan biarkan bangsa ku melayu.

Istilah Melayu hakikatnya terang,
Ciri tasawuff bukan sembarang,
Tawadhu’ diri sifat cemerlang,
Ujub takabbur semuanya hilang.

Bangsa Melayu tinggi ruhaniyyat,
Dengan Allah diri diikat,
Alam akhirat selalu diingat,
Membuat kebajikan itulah tekad.

Wahai cucunda Raja Melayu sekelian,
Rintihan nenda sila dengarkan,
Tampil kembali sila ke depan,
Bangsa Melayu perlu ketuanan.

Bicara kita bukan sembarang,
Terbit dari kalbu nan bimbang,
Ingin berkongsi sejarah gemilang,
Buat ibarah pedoman yang terang.

Bangsa Melayu pernah berdaulat,
Tulus budi tinggi martabat,
Memegang adat menjunjung syariat,
Pernah menempa zaman nan hebat.

Dimana raja di situ kerajaan,
Sudah tertakdir kurniaan Tuhan,
Raja Melayu nobat kedaulatan,
Hamba Melayu menjunjung sultan.


Demang Lebar Daun bangsawan gahara,
Asal leluhur keluarga bendahara,
Sang Nila Utama dijadikan putera,
Ijabkabulkan dengan si dara.

Sang Nila Utama  bangsawan bertuah,
Demang Lebar Daun mengurnia daulah,
Negeri Palembang kerajaan diserah,
Raja Melayu ditabal sudah.

Demikian adanya sumpah setia,
Asal Melayu Bendahara tuannya,
Hamba Melayu amanah pundaknya,
Nila Utama diserah tonggaknya.

Wa’ad Melayu sudahlah terang,
Bangsa Melayu adatnya terbilang,
Raja Melayu manikam benderang,
Bendahara Melayu permata gemilang.

Tersebut kisah negeri Melaka,
Rakyat jelata berkapal belaka,
Ramai pedagang membuat harta,
Pesat dan masyur seisi kota.


Raja Melaka mendapat firasat,
Bermimpi Nabi (SAW) memberi amanat,
Allah hendak memberi mandat,
Supaya baginda menyebar syariat.

Raja Melaka gelisah nan amat,
Terkenang mimpi dapat hidayat,
Sekonyong baginda jadi terperanjat,
Anu baginda telah disunat.

Sayyid Abdul Aziz seorang ulama,
Dari Jeddah membawa amanat,
Mengajar raja syahadah  azimat,
Maka zahirlah segala alamat.

Ulama keturunan Rasulullah (S.AW.),
Jolokan  AHLUL-BAIT dalam risalah,
Sama mendokong tugas dakwah,
Diberi kemuliaan duli Khalifah.

Sultan Muhammad nama diberi,
Menggerak dakwah tak kira hari,
Syariat Islam sudah terdiri,
Wajah bercahaya penuh berseri.

Maka masyurlah titah Sultan,
Agama Islam menjadi anutan,
Amal hakikat mencetus kesan,
Melaka menempa zaman keemasan,

Ulama syariat ulama tariqat,
Membimbing Raja amalan muafakat,
Gotong royong amalan rakyat,
Seisi negeri mendapat berkat.

Kesultanan Melayu rantaian khilafah,
Ajaran Tauhid menjadi falsafah,
Mengikut amalan sunnah Rasulullah (SAW),
Sejahtera dunia serta akhirah.

Raja Melaka mencurah jasa,
Pencetus tamadun budaya bangsa,
Agama dan adat diadun mesra,
Bangsa Melayu jadi perkasa.

Bukanlah maksum Raja Melaka,
‘Aib peribadi ada belaka,
Namun rakyat tetap dijaga,
Lindungi bangsa dari celaka.

Sultan Muhammad  jasa tak hilang,
Sultan Muzaffar da’iee cemerlang,
Sultan Alauddin taqwa terbilang,
Sultan Mansur menempa gemilang.

Sultan Mahmud sejarahnya malang,
Mengikut kata fitnah petualang,
Bala turun Portugis menyerang,
Namun raja tetap berjuang.

Raja Melaka bermacam sejarah,
Suka dan duka dibuat ibarah,
Jasa dan bakti tetap dicurah,
Tonggak Melayu sedikit tak goyah.

Dalam sejarah Melayu nan panjang,
Banyak penjajah telah mendatang,
Penuh takabbur ajak berperang,
Raja dan rakyat mahu diganyang.

Orang Melayu penuh budiman,
Akhlak dan budi penuh santunan,
Namun agama jangan perlekehkan,
Badan dan nyawa galang gantikan.

Orang Melayu bertasawuff  belaka,
Hubungan Allah sentiasa dijaga,
Bila si kafir nak buat celaka,
Jihad sabil isytihar senegara.

Bila penjajah isytihar perang,
Ulama ke depan beri perangsang,
Bersama rakyat jadi hulubalang,
Raja Melayu turut berjuang.

Pesanan cerdik pandai terbilang,
Jikalau daulah hendak cemerlang,
Nawaitu agama perlu dipegang,
Nescaya terbit kerajaan gemilang.

Jika dibuat kerana Allah,
Umat Islam tak akan mengalah,
Nyawa dan badan sanggup diserah,
Bersama Tuanku duli Khalifah.

Umat mengharap syurga menunggu,
Di medan jihad saling membantu,
Walau maut muncul di pintu,
Wajah berseri sedikit tak buntu.

Zaman berzaman begitu keadaan,
Ulama umara satu fahaman,
Raja dan rakyat seperti sebadan,
Bangsa Melayu Allah daulatkan.


Apa nak buat dah takdir zaman,
Umat ditimpa penyakit Al-Wahan,
Cinta dunia takutkan kematian,
Fitnah rempuh berasak-asakan.

Sampai waktunya sudah tersurat,
Petualang Melayu mendapat kudrat,
Dengan Inggeris ambil muafakat,
Dari Illahi putuslah rahmat.

Petualang bangsa buat mudarat,
Pedoman baru berganti tempat,
Siapa kuat dia kudrat,
Tanah Melayu jangkitnya melarat.

Ditolak ketepi benar dan salah,
Dinilai kira, menang dan alah,
Sesuka hati adat diubah,
Akhirnya Melayu mendapat tulah.

Aturan lama  tiadalah tempat,
Pusaka bangsa kini merempat,
Inggeris durjana masihlah sempat,
Agama dan adat sering diumpat.

Aturan Melayu Inggeris membenci,
Ke sana-sini mencaci-caci,
Aturan bangsanya sering dipuji,
Konon sempurna tiada yang keji.

Bangsa Melayu binasa adat,
Raja Melayu luput hakikat,
Tanah Melayu hilanglah daulat,
Bumi bertuah Inggeris mendapat.


Sudah suratan apalah malang,
Petaka bangsa tak dapat dihalang,
Warisan murni runtuhlah tiang,
Permata Melayu sudahlah hilang.

1957 Malaysia merdeka,
Sorak sorailah semua belaka,
Apalah malang musibah tak leka,
Bangsa Melayu masih celaka.

Mengapa daulah tidak dipulangkan,
Kepada yang berhak institusi kesultanan,
Sebagaimana dahulu resmi kerajaan,
Sebagai mengikut aturan Tuhan.

Mengapa sekular negara diserah,
Kepada bangsa menjadi barah,
Kemelut Melayu tak sudah-sudah,
Semakin lama semakin parah.

Perintah negeri amanat Tuhan,
Telah sedia adat dan aturan,
Pelihara rukun zaman berzaman,
Bangsa Melayu tetaplah aman.

Demi Allah demi RasulNya (SAW),
Cunda semua peganglah daulahnya,
Jadi payungan Melayu semula,
Jadi pelindung adat agama.

Pulihkan semangat, maruah bangsa,
Hakikat Melayu kembalikan bisa,
Walau kuasa yang tinggal sisa,
Jangan sekali berputus asa.

Ketuanan Islam harap kembalikan,
Keluhuran adat tolong pulihkan,
Adat dan agama jangan pisahkan,
Ia umpama nyawa dan badan.

Raja Melayu menjaga negeri,
Umat Melayu kembali berdiri,
Bersama meredah onak dan duri,
Naungan Allah pasti kembali.

Kita berjumpa di akhirat kelak,
Berkumpul sama jemaah umara,
Dengan Allah kita  menghadap,
Moga diterima amal mujarab.

Sekian bicara kita adanya,
Raja Melayu dari makamnya,
Kepada semua raja rakyatnya,
Moga mendapat faedah darinya.
●▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬●

11/13 = Dari Anak Raja (Darah Naga) Kepada Rakyat Jelata
The Origin of The Sea Dragon


NAGA MELAYU

Kira-kira abad ke-6 Masehi,
seorang raja dari negeri Chenla telah berjaya menakluk seluruh jajahan Funan,
sebuah empayar lagenda Indochina dan Asia Tenggara.
Raja itu kemudiannya memerintahkan tukang ukirnya memahatkan kejayaan itu
dalam sebuah batu bersurat yang akan diletakkan di dalam sebuah kuil suci.
Dalam batu bersurat itu,
raja tersebut, Bhavavarman II...
telah menggelarkan dirinya sebagai,
"Mala Malayu iva Malayam raja"
 yang bermaksud:
(((( Raja Mala dari Malayu...)))

Nun jauh di pedalaman,
mitos tentang naga-naga laut yang bernama...
Seri Gumum,
Seri Pahang,
dan Seri Kemboja,
berlegar-legar di kalangan masyarakat orang Jakun yang tinggal di sekitar Tasik Chini.
Cerita tentang naga-naga laut itu diwarisi dari zaman-berzaman,
mengungkapkan rahsia antara orang Melayu dan suku-suku Mon-Khmer pada zaman purba.

Lagenda Khmer mengatakan bahawa seorang lelaki yang bijaksana
telah berjaya menawan hati seorang puteri dari keturunan 'Naga'.
Catatan China dari pelbagai dinasti termasuk Dinasti Qi
menyebutkan nama puteri ini;
Ye-ye
yang diterjemahkan oleh pengkaji Eropah sebagai:
Coconut Leaf...

Anehnya,
sejarahwan Champa yang berkongsi budaya dengan dunia Melayu
menuliskan nama puteri itu sebagai:
((( Mayang Mengurai...)))


Dalam catatan yang lain ada menyebutkan tentang 'Mala Dynasty' ,
iaitu nama sebuah dinasti purba yang dikenali sebagai pemerintah 'Malayang'
yang muncul dalam banyak manuskrip purba Khmer sebagai 'negeri-negeri Malayu'.
Bangsa Malayu dicatat dalam lagenda Khmer
sebagai keturunan yang berasal dari Naga Laut Mohodhara,
yang menyukai bunga-bungaan...!!!
Menariknya,
raja-raja Lao awal menggunakan gelaran diraja 'Sisattanakanahok'
yang berasal dari kata 'Sri Si AntanNaga Nahud' ,
iaitu gelaran raja-raja Melayu purba terutamanya oleh Raja Champa, Simha Jayavarman.
Terdapat beberapa rahsia lagi yang tertulis dalam kitab-kitab kuno,
dalam tulisan Pali di sebuah kuil purba di Thailand...
Dan di dalam 'circle' para penulis kerohanian Eropah,
ada mengungkapkan tentang sebuah peradaban silam yang tenggelam di lautan Pasifik...


Kapal Melayu (Kura-kura Cora)
Penemuan Srikandi (yang digelapkan penguasa yang jahat):
- dari kitab-kitab purba Mon seperti Chamadevivamsa dan Jinakalamali...
- dari rahsia-rahsia yang tersembunyi di dalam Chiang Mai Chronicles...
- dari epik La Galigo yang penuh misteri...
- bait-bait dalam kitab Pararaton...
kain suci yang tergantung dalam sebuah wat purba di Ranong,Thailand...
- petunjuk-petunjuk dalam Hikayat Merong Mahawangsa...
- makna-makna yang sulit di dalam prasasti-prasasti Angkor
- rahsia yang terlakar pada tembok runtuhan di My Son,Vietnam...
- laluan sepi ke kota Gelanggi...
- kotak misteri di dalam runtuhan pagoda di Bagan,Burma
- pintu rahsia ke bawah tanah Borobudur,Indonesia
- ukiran-ukiran di Angkor Wat...
- manuskrip-manuskrip purba kaum Batak Simalungun di Danau Toba...
- lembar-lembar lusuh di sebuah kuil tua di Luang Phrabang,Laos..
- makam purba di belantara,Brunei Darussalam...
- tulisan-tulisan pada batu besar di Papua dan Maluku...
mitos puak-puak aborigine di Hawaii...
- dari rekod-rekod imperial China seperti Book of Song,Book of Liang,Book of Wei,Book of Sui
- dan catatan para pengembara China seperti Chi Tu Gou Ji,Chan Chun,Pei Su dan Chao Ju Kua.....


Di sana...
ada sesuatu...
DAN AKAN DATANG...
Mei 2012
"The Origin of The Sea Dragon"
Alter Terahsia Bangsa Melayu ver4.0 Deluxe

Antara kajian menarik:
- Rahsia dari Prasasti (batu bersurat)
- Petunjuk Tersembunyi dalam Jinakalamali
- Mitos di kalangan penduduk Polynesia 
- Legenda naga dalam masyarakat Jakun
- Lagenda naga dalam kesusasteraan Khmer
- Naga Soma, Mayang Mengurai dan Ye ye

 dan banyak lagi...
 disusun oleh
~Srikandi
punkhistorian_
(Srikandi adalah penulis tetap dalam MistisFiles.
Artikel ini ditulis berdasarkan kajian peribadi sang PUTERI berdarah diraja.)
~Malayu from Lords of The Sea Dragon~
Srikandi
'Vampire blood in the chalice of the emperor'
03 Disember 2011
Sabtu
12:00 am
(Waktu SriwijayaMala)


●▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬●
Nota:
Info dalam FB ini,
yang dipamerkan sebahagian besarnya adalah lakonan semata.
Ini dilakukan supaya anda berfikir panjang,
sebelum menerima apa-apa ilmu.

Saya nak buat penafian sikit.
Saya Srikandi/Cik Seri tidak ada akaun Facebook seperti...
fb Princess Anis, Bunga Sriwijaya atau sebagainya.
Saya tak menghalang para peminat membuka medium penyebaran artikel-artikel saya
tetapi admin yang menguruskan akaun-akaun mereka itu,
yang mengeksploitasikan nama dan kajian saya
diminta jangan mengambil kesempatan ke atas para pembaca dan fans saya.
Harap maklum.
~Srikandi
(sila lihat INFO >>> penyamaran)
dari peminat Srikandi untuk Srikandi...
Cik Seri wanita Melayu terakhir yang sangat misteri...
●▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬●
· · Share

  • 52 shares
    • Mohd Nor Asran
      ORANG YANG BERPEGANG DENGAN AGAMA SEPERTI MEMEGANG API

      ujian berat kita rasakan
      datang menimpa menjadi beban
      alangkah hebat godaan syaitan
      untuk meruntuh istana iman

      bersungguh kita menjaga iman
      banyak cabaran di akhir zaman
      iman ibarat (seakan) api di tangan
      setiap masa mahu lepaskan
      Saturday at 12:49am · · 9
    • Ikhwan Zakwan sudah tak syak lagi..... manusia yang dinanti-nanti akan muncul membawa keberkatan.... moga bersama mahdiyun..... amin. sumbu telah dinyalakan.... bila2 masa sahaja akan meletup. amaran telah diberikan bagi yang faham dan melihat dengan mata hati.....
      Saturday at 12:56am · · 4
    • Kimbo Slize spe mahdiyun tu
      Saturday at 1:17am ·
    • IFareez IMuslim alhamdulillah terima kasih..
      Saturday at 1:40am ·
    • Mhisham Ismail Daulat Tuanku..
      Saturday at 2:05am ·
    • Pendekar Mustar kak Siti Siti L Ire.. jom baca ni..
      Saturday at 3:33am ·
    • Brader Berlada mim wau lam aliff hamzah ya......muhamad bersimpul dalam aliff(zat yg bersatu dgn tubuh) yg ada tasdiq(hamzah) dihatinya.....ya....mengakui akan kewujudannya...agaknya la...
      Saturday at 3:48am · · 1
    • Panglima Islam izinkan di'share' artikel ni
      Saturday at 7:48am ·
    • Dinar Emas (Pengedar Syiling Sedunia) ‎...
      siapa yang izinkan untuk anda supaya minta izin pula untuk SHARE ?
      isi internet adalah perkara yang sedia untuk tayangan dunia.
      tidak diapungkan ke internet melainkan ianya untuk diperhatikan.
      tabiat meminta izin untuk SHARE,
      tapi hakikatnya dah pakai dulu baru minta izin 1 tindakan tak siuman.
      oleh itu, teruskan ambik artikel2 kami tanpa perlu minta izin ye...
      Saturday at 9:53am · · 29
    • Raja Syukri kite tak cari benar atau salah,besar atau kecik
      Saturday at 10:19am ·
    • Raja Syukri kite pertahankan Akidah Islam.
      Saturday at 10:19am ·
    • Johan Hamzah share yg baik.. jadi jariah....../ menghampiri kebangkitan...jom
      Saturday at 10:24am · · 1
    • Johan Hamzah selain akidah.... ada syariat.. ahlak.. dan ibadah// konsep ASIA
      Saturday at 10:27am · · 1
    • Saudara Kepada Musa The rising of black banner....coming soon..
      Saturday at 10:50am · · 1
    • Pendekar Mustar Syakila Shakirin, Atin Hazwani Zulkifli, meh cni meh...
      Saturday at 11:02am · · 1
    • Al Jamil ada info mengatakan tentera panji hitam dari khurasan telah siap sedia hendak pergi ke syria .bunuh pemerintah syria,tahun 2012 pasti sengit
      Saturday at 11:03am ·
    • Alamin van Alaros
      semakin menarik dengan kemunculan sultan baru yang begitu unik dan menggetarkan pemimpin yang bongkak.

      itulah terbitnya Sultan Muhammad V.

      semakin menarik apabila dapat dirungkai rahsia baginda Kelantan dan membuat rakyat terpinga-pinga dengan kehebatan ilmunya.

      semakin menarik apabila baginda menempelak orang yang menyanjungnya dengan 'daulat tuanku'...

      semakin menarik baginda syorkan laungkan saja 'Allahuakbar'!

      fikir-fikirkan...
      Saturday at 11:07am · · 6
    • Lin Ariff x sabar nak tunggu artikel "The Origin of The Sea Dragon" ..semakin terasa debarnya....
      Saturday at 11:15am · · 1
    • Mukmin Al-Kherid Coming soon May 2012
      Saturday at 11:31am · · 1
    • Bunga Sriwijaya
      Nota:
      Info dalam web ini,
      yang dipamerkan sebahagian besarnya adalah lakonan semata.
      Ini dilakukan supaya anda berfikir panjang,
      sebelum menerima apa-apa ilmu.
      ●▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
      Saya nak buat penafian sikit.
      Saya Srikandi/Cik Seri tidak ada akaun Facebook seperti...
      fb Princess Anis, Bunga Sriwijaya atau sebagainya.
      Saya tak menghalang para peminat membuka medium penyebaran artikel-artikel saya
      tetapi admin yang menguruskan akaun-akaun mereka itu,
      yang mengeksploitasikan nama dan kajian saya
      diminta jangan mengambil kesempatan ke atas para pembaca dan fans saya.
      Harap maklum.
      ~Srikandi
      (sila lihat INFO >>> penyamaran)
      dari peminat Srikandi untuk Srikandi...
      Cik Seri wanita Melayu terakhir yang sangat misteri...
      ●▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
      Saturday at 11:33am · · 9
    • De Albuqurque Alfonso Menarik sgt artikel ni...Kesimpulannya nak beli apa skrg? dan nak pangkah parti apa..kasi straight to the point.tq
      Saturday at 11:40am ·
    • Aixa Adli saya tak baca.. terus skip..
      terasa perkara sama yang di laung ulangkan..
      tp kita tetap menanti..
      adapun, baik bersiap siaga dengan mendekatkan diri dengan tuanMU.
      Menanti tanpa persiapan, kosong...
      menanti dengan harapan tanpa tahu apa yang di nanti, hampeh~
      Saturday at 11:54am · · 2
    • De Albuqurque Alfonso Orang kita tak sabar menunggu nak kerat leher Yahudi , Kristian & kafirun lain..short cut utk kejayaan
      Saturday at 12:08pm · · 2
    • Aixa Adli
      hu3..
      kalu menunggu sebab nak balas dendam.. sampai bila2 tak kan appear (maybe..hu3). kedatangan the final one ni bukannya nak balas dendam. ALLAH aturkan segalanya adalah untuk mensyumulkan akidah dan tauhid sebagaimana mula2. Bukanlah un...See More
      Saturday at 12:18pm · · 12
    • Tish Cool dgr kata pemrnth dulu smua bljr ilmu hakikat yg dapt ilmu laduni..ilmu yg diperoleh dari Allah,klu Tuhan sndri yg dtng mngjar mmg patut bngsa melayu boleh bgn..tp skrg mne ada lg pmrnth bpngkt kksh Allah,wali
      Saturday at 2:10pm ·
    • Hussin Al Walid pemerintah, yang mengajak rakyat sentiasa berpegang teguh pada Islam....dan saya tak bangga sangat dengan pemerintah sekarang.....saya mahu pemerintah yang menjadikan Islam sebagai keutamaan dalam kehidupan dan pemerintahan,,,,
      Saturday at 2:22pm ·
    • Moon Shine huhuhu... wlaupun pemerintah sy tidak sehebat dulu, namun mereka masih lagi berdaulat atas dasar takdir mereka sbgai pemerintah
      Saturday at 3:10pm ·
    • Aixa Adli tunjukkan bukti mereka masih ada daulat.
      Hu3. Konpem ku kena balun pnya kalu kata gitu.
      Daulat adalah lambang diraja bertuankan Allah, wakil di bumi, syumulkan negeri.
      Kalau sekarang, hnya bernama raja. Masih takut makhluk dari Allah.
      Sampai masa, sedikit demi sedikit keadaan berubah. Tiada apa di bumi dan dilangit yg kekal melainkan Allah. Begitu juga pemerintah anda
      Saturday at 3:21pm · · 1
    • Sandchild Kazekage Perkasa Melayu...membaca sahaja mampu membuat roma merinding.
      Saturday at 6:18pm ·
    • De Albuqurque Alfonso Daulat tuanku
      Saturday at 6:48pm ·
    • Moon Shine huhuh.... dikalangan orang biasa pun ader yg berdaulat.... namun bg orang yg beriman...
      Saturday at 7:08pm ·
    • Moon Shine Daulat tuanku.......
      Saturday at 7:10pm ·
    • Moon Shine
      Duli Yang Maha Mulia
      Selamat di atas takhta

      Allah lanjutkan usia Tuanku
      Rakyat mohon restu
      ...See More
      Saturday at 7:16pm ·
    • Mohd Salihin Saleh
      Tidakkah mereka memerhati dan memikirkan berapa banyak umat-umat yang telah Kami binasakan sebelum mereka, padahal (umat-umat itu) telah Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi (dengan kekuasaan dan kemewahan) yang tidak Kami berikan ke...See More
      Saturday at 8:53pm · · 1
    • Emi Mohd Suhaimi Nizam encik Dinar Emas (Pengedar Syiling Sedunia)...saya tanya skit, apa pandangan encik DE ttg penukaran cip pd ic pda 2012 nnt...ada hidden agenda ka d situ..?
      Saturday at 9:57pm ·
    • Mohd Zamri Daud kepada Emi Mohd Suhaimi, Tuan DE penah beri nasihat ttg perkara CIP, harap baca post2 blm ini.
      Sunday at 12:19am ·
    • Irwan Fx Daulah TUANKU.
      Sunday at 1:00am ·
    • Penternak Dirham cip My Kad den raso sudah dicorahkan dokek artikel kerajaan digital.
      Sunday at 9:41am ·
    • Zul Man Agama dan adat diadun mesra,
      Sunday at 11:13am ·
    • Pembantu Dibantu Membantu Naga Air saja, mana Naga Udara... :)
      Sunday at 4:21pm ·
    • Guardalupe Mandoza naga udara kne pakai minyak..pasal skrg minyak mahal..die stop terbang..
      Yesterday at 1:40pm ·
    • Shopirul Nizam أتوب إلى الله، يا الله يهدينا الصراط المستقيم، طريق أولئك الذين قبل انت يمتلك نعمة معينة.
      17 hours ago ·