Srikandi Timur

Srikandi Timur
Sehalus rasa,Sedalam Makna

"Jangan Lupa Komen Ye..."

Anda Boleh Menukar Fon Pada Blog Ini Untuk Keselesaan Semasa Membaca

22 November 2011

Solat Dhuha , Doa & Cara Melaksanakan




Rang Waktu Dan Waktu Afdhal


Sesuailah dengan namanya dhuha yang bermaksud pagi. Jadi ruang waktunya bermula kira-kira 20 minit selepas terbit matahari atau disebut dalam kitab-kitab fikah sebagai tinggi matahari daripada pandangan jauh sekadar satu al-Rumh atau batang lembing yakni kira-kira dua meter. Waktu solat ini pula berakhir sebelum menjelang waktu Zuhur. Jadi, secara mudahnya dapat difahami bahawa batas waktu solat sunat Dhuha ini antara pukul 7 pagi hingga 1 petang.

Berkenaan waktu afdalnya pula iaitu ketika sinar matahari kian panas berdasarkan sepotong hadis Nabi s.a.w. yang dirakamkan oleh Zaid bin Arqam. Rasulullah s.a.w. menjelaskan:-


 
“Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.” Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi).



Justeru, waktu sedemikian eloklah dilaksanakan solat tersebut, apatah lagi pada saat itu badan memerlukan ‘rehat sebentar’ setelah penat bekerja. Maka disarankan juga sekiranya masa tersebut diisi sekadar empat hingga lima minit dengan sujud menyembah Ilahi sama ada di rumah atau di tempat kerja dengan syarat tidak mengetepikan perkara-perkara atau urusan yang wajib dan utama daripada yang sunat.

Cara Melaksanakan
Banyak bahan media cetak yang boleh dirujuk bagi mengetahui cara melakukan solat sunat Dhuha ini merangkumi bacaan-bacaan dalam solat hinggalah dalam sujud dan doa setelah selesai ibadat tersebut.
Cuma secara asas dan mudahnya berdasarkan hadis-hadis Nabi, solat sunat Dhuha ini dilakukan seperti solat-solat lain, cuma bacaan yang dianjurkan Baginda s.a.w. selepas al-Fatihah, menurut hadis yang disampaikan oleh Uqbah bin Amir, ialah surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua. (Riwayat al-Hakim)
Namun begitu, perkara (bacaan dalam solat) ini adalah sesuatu yang subjektif dan tidak statik. Maka tidak perlulah hanya terikat dengan kaifiat tertentu dan bacaan tertentu. Apa yang penting, solat tersebut diniatkan dengan betul, syarat-syaratnya dipenuhi dan rukun-rukunnya disempurnakan sebaik-baiknya. Begitu jugalah dengan doa selepas solat tersebut.

 
  Kepada  yang tidak menghafal surah-surah yang disarankan iaitu surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua. Bacaan solat boleh dibaca apa-apa surah yang penting niat kita adalah IKHLAS untuk Allah SWT, bukan kerana berkehendakkan harta dan rezeki yang banyak tetapi salah satu cara untuk mendekatkan diri kepada Allah…

Kita rujuk kepada Hadith Qudsi yang mengatakan, Firman Allah, “ Wahai anak-anak adam (sebut-sebutkan) zikirkan akan AKU selepas sembahyang subuh barang sekejap dan selepas sembahyang asar barang sekejap, maka AKU cukupkan engkau apa yang ada diantara dua waktu tersebut maka apabila naik matahari sembahyang dhuha sebanyak lapan rakaat”

Pada rakaat pertama bacalah ayatul kursi kerana ayutul kursi terlalu banyak keistimewaannya, semasa suruh itu diturunkan beribu-ribu malaikat sebagai perantaranya. Didalamnya juga terkandung KURSI (kerajaan) ALLAH yang sangat besar meliputi 7 lapisan langit dan bumi. Ada 95 buah hadish yang menerangkan akan fadhilat ayutul kursi.

Rakaat kedua bacalah surah Al-Ikhlas sebab surah Al-Ikhlas merupakan 1/3 dari Al-Quran. Surah yang cukup besar maknanya sebab mengandungi sifat-sifat Allah yang Esa dan siapa Allah yang sebenar iaitu yang tidak beranak juga tidak diperanakkan dan tidak ada yang serupa denganNYA. Dua surah ini sudah cukup bagi yang tidak menghafal surah yang disarankan.



Ringkasan Tatacara Mengerjakan Solat Dhuha

 Rakaat Pertama

1)      Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat Dhuha

Niat Solat Dhuha
أصَلِّي سُنَّةَ الضُحَى رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ
(Usolli Sunnatat Dhuha Rakaataini lillahi taaala)
 Sahaja aku mengerjakan sembahyang sunat dhuha dua rakaat kerana Allah Ta'ala
2)      Takbiratul Ikhram
3)      Doa Iftitah
4)      Membaca surah al-Fatihah
5)      Membaca Surah al-Qur’an
(lebih afdal jika baca surah al-Syams)
6)      Rukuk
7)      Iktidal
8)      Sujud
9)      Duduk antara dua sujud
10)    Sujud kali kedua
11)    Bangun untuk rakaat kedua
Rakaat Kedua
1)  Membaca Surah Al-Fatihah 
 2)  Membaca surah Al-Quran @ surah pilihan sendiri 
(adalah lebih afdal jika baca surah al-Dhuha   )
3) Rukuk
4) Iktidal
5) Sujud
6) Duduk antara dua sujud
7) Sujud Semula
8) Baca Tahiyyat Akhir
9) Memberi salam ke kanan dan ke kiri


 Selesai solat, hendaklah baca tasbih ini sebanyak 10 kali
 سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ وَلَا حَوْلَ  وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ الْعَلِيُّ الْعَظِيمِ عَدَدَ خَلَقِ اللَّهِ وَبِدَوَامِ مُلُكِ اللهِ

"Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah, tiada Tuhan yang lain melainkan Allah, Allah yang Maha Besar, tiada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah yang Maha Besar, pujian sebanyak bilangan ciptaan Allah dan selama kekalnya Kekuasaan Allah"



Doa :


اللَّهُمَّ إِنَّ الضُّحَاءَ ضُحَاءُكَ وَالْبَهَاءَ بَهَائُكَ وَالْجَمَالَ جَمَالُكَ وَالْقُوَّةَ قُوَّتُكَ وَالْقُدْرَةَ قُدْرَتُكَ وَالْعِصْمَةَ عِصْمَتُكَ . اللَّهُمَّ إِنْ كَانَ رِزْقِي فِي الْسَمَاءِ فَأَنْزِلْهُ وَإِنْ كَانَ فِيْ الأَرْضِ فأَخْرِجْهُ وَإِنْ كَانَ مَعْسِرًا فَيَسِّرْهُ وَإِنْ كَانَ حَرَامًا فَطَهِّرْهُ وَإِنْ كَانَ بَعِيْدًا فَقَرِّبْهُ بِحَقِّ ضُحَائِكَ وَجَمَالِكَ وَقُوَّتِكَ وَقُدْرَتِكَ آتِنِي مَا أَتَيْتَ عِبَادَكَ الصَّالِحِيْنَ
 
"Ya Allah sesungguhnya waktu Dhuha, waktu dhuha-Mu, cahayanya cahayaMu, kerinduannya kerinduanMu, kekuatannya kekuatanMu, ya Allah sekiranya rezekiku ada di langit maka turunkannya jika ada di bumi keluarkannya.
Jika cahaya jauh pendekatannya dan jika ada hampir maka permudahkannya dengan kebenaran dhuhaMu, cahayaMu,
kekuatanMu dan kesucianMu, berikanlah kepada hamba-hambaMu yang soleh.
 


Berkenaan doa boleh baca doa mana-mana yang berkaitan tetapi lebih afdal baca doa solat dhuha yang khusus… Doa itu sememangnya cukup baik dan sempurna untuk memohon keberkatan rezeki dari ilahi ,manakala bilangan rakaat pula adalah mengikut kemampuan. Bila masa terhad dengan kerja seharian boleh dilakukan dengan 2 rakaat dan bila waktu cuti lakukanlah dua-dua rakaat sehingga 4, 6 atau 8 rakaat dan boleh sehingga 12 rakaat. semua mengikut kemampuan… Amal yang sedikit dan istiqamah (berterusan) adalah lebih baik dari amal yang banyak tetapi jarang-jarang… fikir-fikirkan… semoga dengan membudayakan solat dhuha, kita akan lebih disayangi oleh Allah SWT dan sentiasa didalam naunganNYA.. ameennn…

17 November 2011

Senarai Kod Produk Mengandungi Lemak Babi@Khinzir

      Petang tadi adik lelakiku membawa balik coklat jenama popular serta digemari ramai termasuk aku..Dalam ingatanku yang agak sama-samar tak lama dulu aku pernah terbaca bahawa coklat jenama ni mengandungi lemak babi.Ibuku mengambil coklat tu & mematah-matahkan mengikut bar & mengagih-agihkan pada adik beradik yang lain.Itulah sifat ibuku yang selalu menanamkan sifat sikit sama merasa & kerukunan diantara kami adik beradik.Aku yg ada kat dapur masa tu terus meluru ke arah ibuku lalu merampas coklat tu & membaca bahan kandungannya lalu memberitahu pada semua yg coklat ni tidak halal untuk dimakan.Mengamuk sakan adikku yang berumur 7 tahun sebab baru je nak makan dah kena halang...huhuhu

Dari sudut keagamaan , jika termakan bahan2 haram , maka ia akan menjadi darah daging yang mengalir sebati dalam tubuh kita . Dan tubuh yang mengandungi bahan2 haram akan dibakar dengan api neraka . Nauzubillah ! Dari sudut peribadi pula , tubuh yang mengandungi bahan2 haram ini akan melahirkan sifat2 yang tidak baik contohnya anak2 yang degil tak mendengar kata , tak ada lagi rasa malu dalam diri dan macam2 lagi gejala sosial di kalangan remaja yang snagat berleluasa masa kini !

Jadi harini aku tergerak hati untuk memblogkan info ini untuk pengetahuan semua pengikut blog ini.

Di bawah ni adalah senarai2 kod lemak babi dalam produk @ makanan kita. Kalo korang nampak kod nie kat senarai kandungan tu, baik elakkan dan jangan beli.


1) E 100           16) E 280      31) E 434        46) E 482

2) E 110           17) E 300      32) E 435        47) E 483

3) E 120           18) E 301      33) E 436        48) E 491

4) E 140           19) E 325      34) E 440        49) E 492

5) E 141           20) E 326      35) E 441        50) E 493

6)E 153            21) E 327      36) E 470        51) E 494

7) E 160           22) E 334      37) E 471        52) E 495

8) E 161           23) E 335      38) E 472        53) E 542

9) E 210           24) E 336      39) E 473        54) E 570

10) E 213         25) E 337      40) E 474        55) E 572

11) E 214         26) E 422      41) E 475        56) E 631

12) E 216         27) E 430      42) E 476        57) E 635

13) E 234         28) E 431      43) E 477        58) E 904

14) E 252        29)  E 432      44) E 478        59) E 920

15) E 270        30) E 433       45) E 481

















Kredit/Sumber gambarajah: http://www.budakbotak.com



Difahamkan juga,keropok Rota  yang biasa kita makan tu.. ada kandungan lemak babi berdasarkan kod E110 yang tertulis dibelakang plastik.Perghhhhh...keropok favourite  masa aku kecik tu...!!
 http://blog.nuaeman.com/wp-content/uploads/2010/03/rota.jpg
        kredit to http://blog.nuaeman.com

Setakat ni hal tu masih dalam siasatan Jakim disebabkan syarikat pengeluar produk tu tiada dalam senarai pemegang sijil halal Jakim.. walaupun belum jelas kesahihannya.. kod E110 tu memang tersenarai antara kod yang mengandungi lemak babi.. kalau dah wujud was-was baik tak payah makan..” Betul tak??

Logo HALAL? Boleh print je tuuuuu...
percaya atau tidak yang sijil halal pun sekarang ni dah jadi barang dagangan, dah boleh dibeli.. tapi bukan dari Jakim lah..Berdasarkan pengalaman aku sendiri ler..masa kerja hotel dulu,F&B dia ada sijil halal tuuuu..tup tup  hotel tu antara yang berada dalam senarai tiada kelulusan sijil halal dari JAKIM.Hurmmm... dan sebenarnya bukan jajan saja tapi banyak lagi makanan yang dijual kat kedai tu masih diragui kehalalannya.. 
Tak dapat nak dibayangkan betapa banyak sumber babi dah masuk dalam perut kita tanpa disedari.. 

 

09 November 2011

Kunci Rezeki...





ISLAM adalah agama yang serba lengkap meliputi­ keseluruhan aspek penghidupan termasuk dalam usaha mencari sumber rezeki. Dalam mencari rezeki, berbagai kaedah ditunjukkan oleh nabi kepada kita. Antara kaedahnya ialah dengan memanjatkan doa kepada Allah supaya dipermudahkan usaha pencarian sumber hidup. Untuk itu solat dhuha adalah jawapannya.
Solat Dhuha boleh menjadi senjata paling unik yang disediakan Allah buat setiap hamba-Nya membuka pintu rezeki. Sebenarnya solat Dhuha adalah petunjuk yang ditinggalkan Rasulullah s.a.w kepada umatnya. Dikatakan baginda selalu melakukan solat Dhuha walau dimana saja.
Rasulullah bersabda, “Allah yang Maha Mulia lagi Maha Agung menyatakan “Wahai anak Adam. Cukuplah Aku dengan melakukan empat rakaat solat Dhuha pada pagi hari, maka Aku pasti mencukupi keperluan mu pada akhir hayatmu.” (Hadis riwayat Ahmad dan Abu Ya’la)”
Kata Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Solat Dhuha itu mendatangkan rezeki dan menjauhkan kemiskinan dan tidak ada orang yang memelihara solat kecuali orang yang bertaubat.” (Hadis riwayat at-Tirmidzi)
Berkata Abu Murrah Ath-Tha’ifi r.a. bahwasanya Nabi s.a.w. telah bersabda : Allah telah berfirman: “Wahai anak Adam! Bersembahyanglah untuk Aku di awal pagi, niscaya Aku akan mencukupimu di akhirnya.” (Riwayat Ahmad)
Hadis Qudsi ini menganjurkan kita mengerjakan Solat Dhuha yang mana antara faedahnya, Allah Ta’ala memberi jaminan akan melaksanakan segala keperluan-keperluan keduniaan manusia setiap hari.
Banyak hadis-hadis yang mengalakkan solat sunat Dhuha dan menyatakan keutamaannya, antaranya dalam riwayat Abu Hurairah katanya: “Kekasihku Rasullullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat solat Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan” (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Dalam riwayat yang lain Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya : “Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .” (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah SAW yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan.” Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.” (Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)
Dan daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW berkata: “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas” (Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)
Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam. Biasanya selepas al-Fatihah di rakaat pertama, digalakkan kita membaca Surah Al-Syams dan di rakaat kedua selepas membaca al-Fatihah dibaca pula Surah ad-Dhuha. Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat. Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu, sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah bermaksud :”Adalah Nabi SAW bersembahyang Dhuha empat rakaat dan menambahnya seberapa yang dikehedakinya.” (Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah)
Dalam sebuah hadis yang lain Nabi SAW bersabda bermaksud : ” Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya,” (Riwayat At-Thabarani ).
Menurut hadith Nabi s.a.w. yang dirakamkan oleh Zaid bin Arqam. Rasulullah s.a.w. menjelaskan: “Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.” Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi). Menurut pandangan lain, Waktu Dhuha bermula sejam selepas syuruk, dan berakhir setengah jam sebelum masuk waktu Zuhur.
Selepas member salam, bolehlah membaca doa seperti di bawah ini.


                             Ya Allah sesungguhnya waktu dhuha itu dhuha-Mu
                   Kecantikannya kecantikan-Mu…Keindahannya keindahan-Mu
                     Kekuatannya kekuatan-Mu…Kekuasaannya kekuasaan-Mu
                                      Perlindungannya perlindungan-Mu…
                     Ya Allah jika rezeki masih di langit, turunkanlah
              Jika di bumi keluarkanlah…Jika sukar permudahkanlah
                    Jika haram sucikanlah…Jika jauh dekatkanlah
                                           Berkat waktu dhuha
                 Kecantikan-Mu keindahan-Mu kekuatan-Mu kekuasaan-Mu
            Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada
                                 hamba-hamba-Mu yang soleh

                                                              sumber:-http://dinarkedah.com 

PS: untuk mengetahui lebih lanjut tentang cara pelaksanaan/mengerjakan Solat Dhuha sila klik  SINI

Mukjizat Al Quran II


Cara mudah mencari muka surat dlm Quran..!!!
Mari Kita Cuba….!
Al-Quran adalah peninggalan Rasulullah kpd kita semua umatnya. Ada 2 benda yg Nabi Muhammad s.a.w tinggalkan kepada kita iaitu Al-Quran dan juga Sunnah utk kita semua amalkan. Berapa kali korang baca Al-Quran sehari? 1 kali? 2 kali atau dalam solat sahaja? Pahala paling senang nk dapat adalah melalui pembacaan Al-Quran kerana setiap huruf diberikan 10 pahala, tambahan pula Al_Quran adalah kalam Allah (dtg daripada Allah sendiri bukan diciptakan manusia)
Tip yg nk kongsikan ni adalah cara utk menghafal muka surat setiap juzuk Al-Quran. Memang menakjubkan kerana hanya dengan menggunakan formula matematik ringkas, kita dapat tau muka surat setiap juzuk Al-Quran.
Jom sama2 kita belajar…
Contoh 1
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa:
5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82
Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?
Contoh 2
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa:
10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182
Contoh 3
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa:
23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu 23 adalah pada halaman 442
Subhanallah, memang menakjubkan kan kawan2. Sama2 kita kongsikan kepada kawan2 kita, adik2 kita, famili2 kita supaya kita sama2 mendapat pahala…
Dipanjangkan info ini..moga dipanjangkan pahala bagi yg menulisnya.
by: Md Fabilah Mat Esa