Srikandi Timur

Srikandi Timur
Sehalus rasa,Sedalam Makna

"Jangan Lupa Komen Ye..."

Anda Boleh Menukar Fon Pada Blog Ini Untuk Keselesaan Semasa Membaca

03 November 2011

Catatan Srikandi IV


Gambar menunjukkan raja dan permaisuri Melayu dari dinasti Sailendra sedang berehat di dalam istana sambil dikelilingi para pegawai kerajaan dan inang-inang diraja.Relief dari Borobudur,Indonesia. 




Catatan Srikandi IV: Jangan keliru sejarah bangsa sendiri!



Ketika saya belajar sejarah dahulu,terutamanya ketika di tingkatan satu,saya memahami selepas topik 'orang gua' (Paleolitik,Mesolitik dan 'litik-litik' yang lain) saya dihidangkan tentang sejarah Kesultanan Melaka.Saya ketika itu walaupun masih kecil namun tetap boleh berfikir dan terpinga-pinga mengapa sejarah Malaysia khasnya orang Melayu boleh menjadi cacamarba sebegini.Jika teks Sejarah Malaysia dijadikan filem komersil,saya jamin ia akan menjadi filem paling top oleh Rotten Tomatoes.Filem paling tidak senonoh dari segi kronologi.

Ketika di tingkatan 5,barulah ada disentuh sedikit tentang kerajaan agraria dan maritim di Asia Tenggara.Ada disebutkan tentang Champa dan Funan.JUga disebutkan tentang Sailendra dan Sriwijaya.Namun ketika saya tidak tahu bahawa Sriwijaya yang amat hebat itu adalah empayar orang-orang Melayu!Dan Sailendra yang merupakan dinasti penguasa paling agung Asia Tenggara adalah dinasti Melayu!Memang saya tidak tahu.Dan ramai tidak tahu.Ketika itu saya benar-benar tidak mengerti mengapa sejarah bangsa saya adalah sejarah paling misteri dalam dunia.Tidak ada kesinambungan.Terputus dan terpecah-pecah di sana-sini.Pada mulanya saya memikirkan bahawa orang Melayu itu hanya terdapat di semenanjung.Kemudian saya tahu bahawa orang Melayu ada di Sumatera.Kemudian rupa-rupanya ada satu kerajaan Melayu di Borneo,Brunei Darussalam.Kemudian akhirnya saya tahu ada Melayu di Selatan Thai.Pada mulanya juga,saya memikirkan bahawa kerajaan orang Melayu YANG MULA-MULA SEKALI adalah Kerajaan Melaka.Sebelum itu orang Melayu mungkin tidak punya apa-apa kerajaan.Saya diajar tentang Parameswara,penguasa pertama Melaka telah membunuh Temagi,wakil pemerintah 'Siam' di Temasik dan melarikan diri sehingga membuka Melaka.Saya berfikir,bagaimana 'Siam' boleh sampai nun...di Singapura sana.Hanya dalam Sejarah Melayu sahaja disebutkan tentang Temagi ini manakala semua petitih-petitih kuno dan riwayat Thai tidak menyebutkan apa-apa tentang penguasaan mereka sejauh Temasik.Namun saya ketika itu mula memikirkan bahawa sebelum naik Kesultanan Melaka,seluruh semenanjung adalah di bawah taklukan 'Siam'.Jadi dari mana orang Melayu datang?Kenapa Siam yang terkenal kuat itu tidak menghalang penubuhan Melaka?Saya benar-benar keliru dengan riwayat bangsa saya sendiri.

Apabila saya mengambil kursus sejarah di universiti,dan mengkaji sejarah Melayu Asia Tenggara dengan semakin mendalam,saya menjadi semakin keliru apabila dijumpai prasasti-prasasti berbahasa Melayu Kuno di merata tempat seawal abad ke-7 Masehi!Saya juga tidak menyangka bahawa Champa adalah kerajaan orang Melayu dari suku Cham yang punya kaitan rapat dengan orang Kelantan dan Terengganu.Saya semakin pelik apabila empayar maritim Sriwijaya yang telah membina Borobudur itu ketika era dinasti Sailendra memerintah Jawa menggunakan bahasa Melayu Kuno!

Kemudian saya tahu yang membunuh Temagi BUKANLAH PARAMESWARA tetapi Sang Nila Utama,seorang putera dari keturunan Sriwijaya yang berpindah ke Temasik dari Sumatera untuk lari dari hegemoni Majapahit yang semakin kuat di Palembang.DAN SAYA TAHU BAHAWA TEMAGI BUKANLAH KETURUNAN THAI ATAU DARI KERAJAAN AYUTTHAYA,tetapi keturunan sama ada MON-KHMER atau MELAYU SEGENTING KRA dari kerajaan Melayu antara tergelap dalam sejarah Kemelayuan,TAMBRALINGGA.Temagi dikatakan dibunuh pada tahun 1324 padahal kerajaan Ayutthaya ditubuhkan kira-kira pada tahun 1354!Ayutthaya perlu mengambil masa berpuluh tahun sebelum mampu menghantar tenteranya menakluki Temasik!

Cerita yang sebenar ialah,ketika hegemoni Sriwijaya ke atas Asia Tenggara sedikit demi sedikit runtuh,maka banyak negarakota Melayu (Malay states) dan lain-lain (contohnya kerajaan orang Mon) mula membebaskan diri dari Sriwijaya.Terutamanya ketika serangan kilat Rajendra Chola dan peperangan dengan di Jawa telah melemahkan hegemoni empayar ini menyebabkan Sriwijaya melepaskan wilayah-wilayahnya.Salah satunya ialah Tambralingga yang kemudiannya dikenali sebagai Nagara Sri Dharmaraja.Raja Tambralingga yang berjaya membebaskan diri dari pengaruh Sriwijaya mula meluaskan pengaruhnya sendiri di seluruh semenanjung hingga ke Temasik.Pengaruh Tambralingga semakin besar sehingga mampu menghantar angkatan tentera menyerang Sri Lanka pada tahun 1247 Masehi.Tidak hairanlah pulau Temasik adalah di bawah pengaruh Tambralingga jika sudah berupaya menghantar tentera sejauh ke Sri Lanka.


 Ukiran pada Borobudur pada abad sekitar 6-8 Masehi menunjukkan orang Melayu telah mampu membina kapal-kapal besar dan membina rangkaian perdagangan ketika di Kepulauan British masih berperang dengan bangsa Norman,Norseman dan puak-puak Jerman Kuno.


Semua kekeliruan sejarah ini menyebabkan kesan yang bukan sedikit.Pertamanya orang Melayu memikirkan dahulu seluruh semenanjung adalah di bawah Siam.Kemudian yang lucunya,ada warganegara Malaysia keturunan Thai berdegil mengatakan bahawa Temagi itu adalah wakil Ayutthaya dan dahulunya orang Thai adalah pribumi semenanjung!Ini adalah KARUT kerana semua pengkaji sejarah tahu orang Thai adalah imigran termuda ke Indochina ketika etnik-etnik Malayo-Polinesia (termasuk Melayu),orang Pyu,Mon dan Khmer sudah berada lama di Indochina.

Ingat kisah Rajuna Tapa yang membuka pintu kota Temasik untuk tentera Majapahit?Itulah sebab Parameswara lari ke Melaka!Bukan sebab membunuh Temagi.Siap ada filem era Jalan Ampas lagi tentang serangan Majapahit ke atas Temasik akibat pembelotan Sang Rajuna Tapa,seorang pegawai kerajaan Temasik di bawah pemerintahan keluarga Parameswara.Sang Rajuna Tapa membelot kerana kecewa anak perempuannya dihukum sula oleh raja akibat dituduh bermukah.

Semua ini bagaikan melengkapkan satu 'puzzles' yang berselerak di sana-sini!

Salasilah sejarah Melayu yang sekejap gelap sekejap terang menyebabkan banyak pihak mengambil kesempatan.Bumi orang Melayu yang penuh kekayaan ini menjadi idaman semua bangsa di dunia.Kedudukannya yang strategik di antara Barat dan Timur dicemburui ramai orang.Bukan sahaja di darat malah lautan kelilingnya penuh dengan sumber mineral.Kaji mengapa China yang jauh dari Kepulauan Spratly bermatian menuntut kawasan ini.Dari segi kedudukan,Filipina dan Malaysia punya kelebihan kerana lebih berdekatan.Kerana faktor-faktor kedudukannya yang jauh dari kepulauan ini maka China terpaksa menggunakan SENJATA BERBAHAYA yang kurang dipedulikan pemimpin UMNO yang 'duit rakyat didahulukan,perut sendiri diutamakan'.Apa senjata itu wahai tuan-tuan dan puan-puan?

S E J A R A H.

China terpaksa mendakwa bahawa Kepulauan Spratly telah lama dikunjungi oleh para nelayan dan pedagang China sejak berabad-abad dahulu padahal ramai pengkaji sejarah maritim mengakui orang-orang China agak lambat menguasai laut selatan berbanding kaum-kaum Austronesia yang terkenal sebagai para pelayar dan pengembara maritim dari Hawaii hingga ke Madagaskar.Para pedagang China terpaksa menumpang kapal-kapal orang 'Kunlun' untuk ke selatan kerana keadaan laut di situ amat berbahaya.Siapa orang 'Kunlun' dalam teks kuno Maharaja China?Tidak perlu saya beritahu.



Betapa indahnya kenangan bangsa Melayu pada masa-masa dahulu.Ahli sejarah luar negara mengenang Melayu sebagai bangsa yang setaraf dengan Norseman dan Phoenicia,pakar dalam ilmu maritim.Sehingga pada candi,tukang-tukang batu Melayu mengabadikan profesion purba mereka dengan penuh megah.


Cukuplah Merong Mahawangsa yang diupah untuk membawa putera Rom menemui puteri China menggunakan kapalnya.Inilah kisah profesion purba orang 'Kunlun' yang terakam kemas dalam hikayat Melayu dahulukala.Sebab itu saya katakan dahulu,membaca hikayat-hikayat Melayu perlu punya pengetahuan sejarah yang luas supaya dapat membaca secara 'READ BETWEEN THE LINES'.Di dalamnya penuh kod-kod rahsia yang hanya mampu dipecahkan jika pengetahuan kronologi sejarah kita kuat.Orang Melayu dahulukala memang suka berkias-kias.

Sejarah Melayu yang sekejap gelap sekejap terang menggalakkan sekelompok orang yang menggelarkan diri mereka 'Keturunan Merong' menuntut takhta Sultan Kedah dan Yang Dipertuan Agong dengan cara memutarbelitkan sejarah dan mengisi lompang sejarah Melayu dengan versi sejarah karut mereka.

Sejarah Melayu yang sekejap gelap sekejap terang menggalakkan golongan Ultrakiasu mempermainkan sejarah Malaysia dengan cuba mengelirukan dan memutarbelitkan fakta bahawa orang Melayu adalah pendatang.

Sejarah Melayu yang sekejap gelap sekejap terang menggalakkan orang lain menuntut wilayah-wilayah Melayu pada zaman dahulu seperti yang berlaku ke atas Pulau Batu Putih.

Sejarah Melayu yang sekejap gelap sekejap terang menggalakkan orang Melayu ke arah buta sejarah bangsa sendiri dan penuh perasaan 'inferior' terhadap bangsa lain.

Saya galakkan anda semua wahai anak-anak Melayu tonton filem The Legend of Queen Suriyothai dan King Naresuan dan belajar bagaimana bangsa Thai cuba menaikkan jatidiri dan semangat patriotik bangsa dengan MENDEFINISIKAN SEMULA SEJARAH MEREKA.Walaupun ada pakar sejarah tahu bahawa kostum perang di zaman Raja Naresuan tidaklah seperti yang ditonjolkan,NAMUN MEREKA SEDAR BETAPA PENTINGNYA PRESTIJ SEJARAH UNTUK MEMBANGKITKAN SEMANGAT BANGSA MEREKA.Tidak kiralah sejarah realiti atau sejarah yang asalnya fantasi namun cuba direalitikan.

Jadi apa yang pemimpin UMNO buat?Berkokok dan menyalak ke sana ke mari tentang Ketuanan Melayu,namun menjahanamkan orang Melayu sedikit demi sedikit.Apabila Ultrakiasu (ingat,bukan Cina tetapi yang rasis dan Ultrakiasu sahaja) mengadu mereka dikatakan pendatang,maka pemimpin Umno membuat kenyataan bahawa Ultrakiasu bukan pendatang.Namun apabila orang Melayu dihina malah agama dan nama Allah dipermainkan oleh Ultrakiasu,apakah yang pemimpin UMNO ini buat?AMARAN,AMARAN DAN AMARAN SAHAJA?Ini kedunguan saudara dan saudari.Ini kebingungan yang tidak boleh dimaafkan.Pandai bila menghayun-hayunkan keris ketika memekik 'Hidup Melayu!' namun pada masa yang sama menikam dan membunuh warisan dan jatidiri Melayu sedikit demi sedikit.Apa gunanya Perkasa dan Pekida?Dua organisasi ini semakin hari semakin menggalakan gengster-gengster dan mat rempit Melayu berkeliaran di dalamnya.Mereka amat BERANI BERKOKOK DAN BERGADUH.Tetapi mangsa mereka siapa?ORANG MELAYU JUGA!

Mereka hanya berani ke atas bangsa sendiri tetapi pengecut terhadap bangsa lain.Sebab apa?Pertamanya sebab MEMANG MEREKA PENGECUT.Keduanya sebab bos-bos mereka iaitu pemimpin UMNO ada 'deal' dengan Ultrakiasu.Ini semua cerita pasal duit.No money no talk.Rasuah dan sogokan duit akhirnya menghancurkan orang Melayu.

Dahulu raja-raja Melayu dipermainkan British.Sekarang pemimpin-pemimpin Melayu dipermainkan Ultrakiasu.Apa yang boleh saya katakan,why are you so stupid?

Kita tidak boleh harapkan satu lagi parti Melayu iaitu PKR yang jadi hamba sahaya pacal yang hina kepada DAP.Ini memang sudah keluar carta.Buat pemilihan dalam parti pun kelam kelibut,bagaimana hendak pegang satu Malaysia?

PAS,bermula dengan baik dengan tema agama,kerana AGAMA adalah berkait amat rapat dengan Kemelayuan.Sama seperti separuh sejarah Thai adalah Buddha Theravada maka 80% dari warisan Melayu dan kekuatan sejarahnya adalah Islam itu sendiri.Jika seorang Melayu sudah murtad dan masuk agama Kristian contohnya,anda akan lihat sedikit demi sedikit dia akan hilang aura Kemelayuannya.Jadi 'makhluk' lain yang asing terhadap Melayu dan segala rahsianya.

Tetapi amat mengecewakan kerana dek mahu menang pilihanraya,PAS seakan-akan rela membutakan matanya sendiri laksana Kasim Selamat.Sudah-sudahlah berpolitik.Jangan sampai PAS bertuhankan politik.Jika PAS membuang Melayu kerana jadi hamba politik saya masih boleh menerima (walau dengan hati yang berat dan sedih) tetapi jangan sampai PAS buang agama sekali akibat mahu menang pilihanraya.Ini sudah sampai peringkat sadis dan 'gore'.

Adakah saya boleh berkata,biarkan luncai terjun dengan labu-labunya?

Kini saya mahu menumpukan kajian terhadap kerajaan Melayu sebelum Sriwijaya atau era pra-Sriwijaya.Jika pada zaman Ratu Hatshepsut (1508 BC-1458 BC),sudah tercatat nama 'Perahu' dan 'Hati' sebagai nama pemerintah Melayu pada zaman dahulu,sudah tentu saya mahu tahu lebih tentang mereka.Mengapa?Tidak percaya?Tidak percaya kerana tidak mungkin orang Melayu wujud sejauh 1500 Sebelum Masehi? :D

TETAPI SAYA MAHU PERCAYA.

Saya mahu percaya sebab jika orang Melayu tidak meninggalkan apa-apa tentang kewujudan mereka SEKALIPUN,orang Mesir Purba teguh mengukirkan rahsia Kemelayuan di dinding-dinding makam dan kuil mereka.Sebab apa?

Sebab moyang saya adalah pedagang dan pelaut yang handal.Rempah dan kemenyan adalah antara barangan dagangan nenek moyang saya yang menjadi idaman para Firaun dan Emperor Babilon.

Saya mahu tahu mengapa 'Maat Heru' dalam The Egyptian Book of The Dead yang terukir pada keranda-keranda dan dinding makam Firaun punya hubungan dengan nama 'MATAHARI' dalam bahasa Melayu.Apa hubungan Melayu dengan bangsa Mesir Kuno?Siapa Raja Matahari?

Siapa Raja Perahu dan Permaisuri Hati?Apa hubungan mereka dengan Raja Matahari?

Kemudian setelah mengkaji sejarah Phoenicia dan menemui beberapa petunjuk antara orang Melayu dan bangsa Phoenicia,memimpin saya kepada petunjuk di Borneo.Saya menemui nama lama bagi Borneo adalah berasal dari kata Borni merujuk 'slang' pengembara Itali kepada kerajaan Melayu Brunei.Kemudian saya menggali lagi sehingga mengetahui nama purba Brunei adalah Poni merujuk kepada catatan-catatan pengembara China zaman dahulu.Pengembara China ini mencatatkan bahawa penduduk di kawasan ini (Borneo sekarang) menggelarkan tanah mereka sebagai Poni/Puni.

INILAH PUNT YANG SEBENAR!

Inilah tempat tinggal Raja Perahu dan Permaisuri Hati!

Sungguh!Saya benar-benar teruja dengan sejarah Melayu yang penuh misteri!










~Srikandi

"Don't hide my Chronicles behind your blood of war.I'm vampire of history"




33 comments:

Anonymous said...
Syukur Alhamdulillah semakin cerah dan terang sejarah bangsa Melayu dengan penerangan dari Srikandi. Makin teruja saya mengenali jati diri. Semoga Allah terus merahmati Nusantara ini dan usaha-usaha ikhlas murni dari semua, termasuk Srikandi, yang ingin meletakkan bangsa Melayu kembali pada kedudukannya yang hak. Amin. -Mencari Kebenaran- p/s - seronok juge dpt komen#1, Alhamdulillah :)
wangsa said...
salam kami akan sentiasa merindui Permaisuri Hati yg tembun tetapi penuh dgn kasih sayang dan kesetiaan menemani Raja Perahu belayar hingga ke negara mesir kuno. dari catatan Sri Kandi, kini saya semakin faham akan nilai dan fungsi kewujudan bahasa melayu - bahasa jiwa bangsa. bahasa melayu dipunyai oleh orang ultrakiasu? salah bahasa melayu dipunyai oleh orang siam? salah bahasa melayu dipunyai oleh bangsa dari warisan raja chola? salah bahasa melayu dimiliki oleh orang melayu!! terima kasih Cik Sri Kandi!
Kazman Damai said...
Srikandi, Masyarakat Melayu pada zaman dahulu sebelum kedatangan pengaruh Islam, adakah mereka mempunyai pangkal nama yang boleh diwarisi? Contohnya seperti Syed, Sharifah, Nik, Megat, Meor dan sebagainya..Sang?
Amira Amair The Poyos said...
SAYA SUKA ENTRI TERBARU cIK sERIKANDI!!
Mistis Organization said...
Entri ni dah keluar di MF sebenarnya.Saya nak jadikan RM ni laman untuk semua artikel formal saya.Semua celoteh,usik-usik dan cuit-cuit saya sudah saya pindahkan ke halamansrikandi.blogspot Saya kena 'basuh' tau dengan M.O pasal campur adukkan bahasa pasar dalam RM,huhuhu... ~Srikandi
Anonymous said...
mmg pun pasti ramai yang pikir cam sri.. kalau sejarah dalam buku teks tak banyak yang menunjukan bahawa kerajaan melayu ni kuat satu empayar yan besar yang mana .. nampak siam lebih berkuasa keatas tanah melayu.. yang seperti yang diberi tahu dalam buku teks sejarah.. kelantan, kedah kena bayar ufti kat siam.. melaka kena bayar ufti kat majapahit, terpaksa minta tolong cina bila kena serang nagan musuh
din said...
salam buat srikandi mengapa tak jawab komen komen di mistisfile ?
Remember1511 said...
Semakin menarik....... bayangkan Phoenicians/Puni dan Aryan yang saling bersaing dalam hal ehwal perdagangan di masa tu! saya nak tanya pandangan peribadi Srikandi pula tentang Aryan ni, adakah mereka tu melayu juga? or maybe ada mix melayu? banyak sangat pandangan di luar sana tu, mungkin pandangan srikandi berlainan dengan pandangan orientalist yang berlambak di luar sana tu...
DiRaja said...
Salam Srikandi, Mula-mulanya semacam kenal akan bait-bait dalam Catatan Srikandi IV ni... rupa-rupanya artikel ulangan. Apa maksud Srikandi? Riwayat Melayu sebagai blok kolektif artikel formal Srikandi? Adakah sekadar artikel-artikel ulangan di mistisfiles? Oleh yang demikian apa yang istimewanya blog Riwayat Melayu berbanding mistisfiles? Apa pandangan Srikandi dan M.O. berkenaan cadangan saya sebelum ini? Saya ulang kembali. (Pertama) Mistisfile: Blog kolektif KONSPIRASI, MISTERI, KRIPTOLOGI, X-FILES, sambungan-sambungan artikel Tazkirah, Jentera Fitnah Al-Masih Ad-Dajal, Protocols of The Elders of Mindcontrol, Jigslue Collection, Interviews, Siri Mason-Mason Melayu, The Keys, The Matrix 0101, artikel-artikel Stargate yang lenyap entah ke mana... (barulah layak dikatakan blog mistis!!!) (Kedua) Riwayat Melayu: Blok kolektif HANYA artikel Alter Terahsia Bangsa Melayu dan artikel formal Srikandi... (barulah layak dikatakan blog teristimewa bangsa Melayu!!!) Bagaimana? M_M
Anonymous said...
patut macam pernah baca sebelum ni...apa pun selamat mangkaji lagi... - pembaca senyap -
atok said...
salam ada bloggers dah jawab fasal isu lim kit siang nak claim nusantara cina punya... Artikel Panas 'Melayu Pendatang?': Orang Melayu Mesti Baca!!!!
mitchy said...
aik... laju nye... dah ada entri baru plak... papepun terima kasih...
Abgcengkih said...
Dalam banyak- banyak artikel, yang ini macam muzik menyantun di hati... Jazakillah.
Al Mahadaya said...
Sejarah Melaka di tulis begitu supaya pencipta agama Islam dpt bersandar kpd kehebatan Malaka padahal kegemilangn Malaka tiada kena mengena dgn Islam. Sejarah Malaka berkait rapat dgn Hang Tuah dan bacalah hikayat Hang Tuah dan jawapannya tiada watak Parameswara pun di dlmnya. Manuskripnya ada di Universiti Malaya dan boleh download percuma itupun kalau tuan hamba mengaku Melayu tapi tak kenl JAWI. Melayu yg tak kenal JAWI, hamba tak anggap sebagai MELAYU.
Anonymous said...
Srikandi, Saya kagumi dengan penulisan anda, tetapi sejak kebelakangan ini penulisan anda sudah condong dengan suasana politik semasa di Malaysia ini. Anda menulis tentang keagungan bangsa Melayu tetapi di masa yang sama, anda merendah-rendahkan orang-orang melayu masa kini. Anda bukan sahaja menghentam Melayu UMNO, tapi turut membelasah Melayu PAS dan Melayu PKR. Perkasa dan Pekida juga dijadikan satu bahan hentaman oleh anda. Jadi persoalannya, di mana kekuatan Melayu sekarang? Adakah Melayu sekarang ini wujud disebabkan adanya golongan Melayu yang tidak mempunyai sebarang ikatan politik dengan mana mana parti politik atau NGO yang berteraskan Melayu dan Islam? Adakah Melayu ini hanya wujud disebabkan oleh adanya Raja-Raja Melayu sahaja? Walau apapun kritikan anda, saya masih percaya, kita memerlukan parti parti politik dan NGO sebegini bagi mempertahankan hak dan kedaulatan bangsa Melayu dan agama Islam. Tanpa mereka, Malaysia lambat laun akan beransur-ansur menjadi sebuah negara berepublik seperti mana yang terjadi di Singapura, Philipina dan Indonesia. Kedaulatan sultan-sultan di kesemua negara-negara tersebut sudah hilang dan hanya wujud tanpa kuasa. Sebaliknya semuanya diganti dengan sistem politik moden ciptaan Barat. Jangan kita di sini sibuk mengkaji sejarah bangsa Melayu tetapi tidak pernah memikirkan bagaimana untuk mempertahankan kedaulatan dan kekuatan bangsa Melayu dari diperkecil-kecilkan oleh kaum pendatang dari Tanah Besar Cina dan Benua Kecil India. Seharusnya kita bangkit dan meneruskan perjuangan mempertahankan keutuhan bangsa sebagaimana kerajaan-kerajaan Lama Melayu mempertahankan diri dari serangan Raja Chola dan Maharaja Cina berabad tahun sebelum kita. Sekadar untuk renungan semua. Melayu Melaka
Anonymous said...
Pakcik melayu melaka, saya bagi buah fikiran saya. Kritikan terhadap Parti UMNO, PAS, PKR bukan hentaman yang merosakkan, tapi menjurus kepada teguran atas kesilapan. Seperti kesilapan berkaitan Hang Tuah dan berkaitan penulisan ultrakiasu dari DAP(mana respon UMNO? mana respon PKR?) Saya kira teguran sebenarnya satu corrective effort. Kita lebih banyak dihidangkan dengan perkara yang memperbodohkan bangsa sendiri dengan tafsiran melulu keliru, kebutaan terhadap sejarah oleh ahli politik! -demi mengutamakan kedudukan dan mengukuhkannya. Untuk itu pakcik Melayu Melaka kena jelas perkara yang bersifat komplimen bukan bersifat substitusi. Iaitu teguran bagi membaiki bukan meminta hapus parti politik! Kerajaan tidak akan berguna melainkan kerana subjeknya, iaitu penduduk, manusia. Sebenarnya ada benar jika ditekankan kancah politik melayu dalam keadaan rosak -inilah membuka ruang dan peluang yang diidamkan oleh bangsa pendatang- walaupun ICnya biru, fikirannya hitam dengan nafsu berselindungkan hak asasi manusia. Pakcik pikir la...dah 50lebih tahun merdeka, nak carik seorang Melayu jual telur ayam kat setiap negeri pun payahhhhhhhhhhhhh. Chempiang Pahit
ahazeman said...
kepada Anynomous January 31, 2011 8:31 pm Saya masih terngiang-ngiang ucapan lisan selamba arwah moyang saya tentang akan wujud penyakit WAHAN yang akan menjadikan ummat Islam ini lemah dan bakal menjadi buih-buih selepas ombak. lemah dari segi akhlaknya dan kuasa Ekonominya. mudah dibeli dan malas berfikir. Akhirnya kita dihurungi seperti semut menghurungi gula. Apakah 5 Penyakit WAHAN itu. WAJAH yang indah dan cantik dipuja2. sehingga setiap org mengubah-ngubah wajah sendiri berhabis untuk itu. terutama kaum wanita. AMANAH dijadikan keuntungan. Tiada lagi konsep gotong royong dan ikhlas dalam urusan bermasyarakat. HARTA tidak lagi dpedulikan sumbernya. semua orang akan memikirkan pelaburan, wang segera atau segala jenis skim cepat kaya. ANAK dijadikan tuan. Dimanjakan anak sehingga segala kemahuan diturut tanpa memikirkan kesan kepada anak2 mereka NASIHAT dianggap merendah-rendahkan atau menghina. Menyokong adalah memuja memuji tanpa ada sikitpun kritis dan sehingga berpuak-puak kerana marah bila dinasihati. Walaupun kata2 ini bukan dari Ulama yg hebat. tapi ambillah penegrtian isinya.
Anonymous said...
Assalamuaalaikum, Pabila Srikandi menegur politik bangsa Melayu, dia dituduh pula sebagai orang yang tidak memikirkan bagaimana mempertahankan kedaulatan dan kekuatan bangsa Melayu. Mengapa orang sepeti Melayu Melaka ini tidak mahu membaca keseluruhan artikel Srikandi dan MO sebelum ini? Inilah contoh orang Melayu yang hendak menunjuk pandai tapi sebenarnya tak berapa pandai. Kalau handal sangat pergilah serang blog ultrakiasu yang tak habis-habis memperlekehkan Melayu tu. Ini tidak. Blog Melayu juga yang dihentamnya. Hampeh!!!
Mahad Firdaus said...
saya percaya blog ini diwujudkan bagi "backup" fail dalam MF. tak mengapa jika ianya ulangan pun, masih sedap dibaca, bukan senang nak faham sejarah yang kompleks cam gini. teruskan usaha yang baik ini, kami sebagai pembaca setia sejarah dan riwayat melayu akan terus memberi sokongan padu. ultrakiasu bagaikan barah yang sedang merebak pantas, mereka ligat bagai puak yahudi juga. hati-hatilah dan buka minda jangan sampai terpedaya. sistem politik sekarang sudah menyasau, apa boleh buat. nak ikut salah nak buang pula... hmm bagai dikata petitih..... apapun kembalilah pada islam tauhid yang tidak taksub pada parti politik. lebih selamat seperti kumpulan ABJAD dsb. sultan jika sudah hanyut jauh dari tauhid juga tidak akan dapat menjaga melayu, hanya Allah swt sahaja jalan selamat. saya ahli ABJAD sama seperti atuk zamany (zamanynews blogspot) adalah ahli setia dan tidak memihak kepada mana kumpulan politik. Disini Kalimat Tauhid adalah kunci segala kerja baik ibadat ataupun hidup harian. ia susulan amalan ulama/wali melayu syekh daud fatani dan syiekh yusuf kenali. tinggalkanlah sistem demokrasi yahudi ini, pergilah mengundi bila tiba masanya... kalau mahu. dengan amalan syahadah secara mutlak tanpa kompromi, nanti anda akan dapat lihat bagaimana melayu dipermainkan oleh ultrakiasu... semestinya melayu yang tersasar jauh dari tauhid. wassalam
Anonymous said...
Srikandi, boleh ulas tak pasal sejarah india di malaysia? mereka ni golongan paria ke?? betul ke tak? Patu cuba baca ni jugak. http://www.causes.com/causes/569376-say-no-to-interlok/about
mahtar said...
Memang sesuatu yang membingungkan bilamana sejarah Melayu ini dikatakan wujud ribuan tahun lalu. Amat kurang bukti fizikal yang mampu memberi sokongan. Borneo/Borni = Puni/Punt.... tanah tinggalan Raja Matahari... ??? Menarik. Di Borneo juga ada ular besar dan terpanjang di dunia ... Digambarkan bumi yang paling ketinggalan tamaddun dan dikatakan tempat orang makan orang... hihihi Sesekali terpikir pula apakah yang ada dalam hutan rimba Borneo? Hutan hujan tropika tersubur di dunia ini. Pernahkah ada tamaddun unggul di sana sedikit masa dahulu? Tak mustahil ada prasasti2 yang tertanam di kawasan rimba tua ini, bilakah manusia akan menjumpainya? Mungkinkah juga ada piramid di sana? Selamat mengkaji...
Temple of The Heart said...
Salam srikandi ... maaf terpaksa establish contact melalui ruangan Comment ini ... kami perlukan bantuan anda utk suatu projek jejak sejarah Melayu bersama Tuan Zainal Al-Johan dari Rembau .. tolong contact saya di email princezai@gmail.com Temple of The Heart
Anonymous said...
Cik srikandi, Bila saya membaca artikel-artikel dalam MF,RM dan HS saya terpanggil untuk mendapatkan makluman tentang berikut: 1- Ketepatan terjemahan alihbahasa dan tafsiran prasati2 mahupun artifak lain yang dibuat. Sebetulnya bersifat hipothesis atau telah ditapisuling. Apakah metodologi pemurnian data, apakah kebarangkalian yang disingkirkan dan berapa peratuskah kebarangkalian penerimaannnya. 2- Pemilihan sumber. Bagaimanakah ciri ketetapan penerimaan sebagai bahan rujukan. Terima kasih. Respon saudari sangat membantu.
Anonymous said...
Salam semua, Terimakasih dengan ulasan dan teguran susulan dari apa yang telah saya tuliskan. Seperti yang saya katakan, saya menkagumi apa yang telah dilakukan oleh Srikandi, iaitu mencari, mengkaji dan membuka mata kita tentang sejarah keagungan bangsa Melayu. Tetapi bila saya menyatakan tentang teguran Srikandi terhadap kesemua parti politik dan NGO, bukan maksudnya saya memusuhi Srikandi. Srikandi boleh berkata apa sekali, tetapi harus diingatkan, walaubagaimana teruknya pemimpin-pemimpin mereka, mereka masih lagi memperjuangkan hak-hak bangsa Melayu dan agama Islam. Dan walaupun mereka berbalah sesama sendiri, rasanya ada usaha-usaha mereka yang harus diberi sokongan/dokongan. Sebagai seorang Melayu, memang ura-ura untuk menyatukan UMNO dan PAS amat saya alu-alukan demi menegakkan kedaulatan bangsa Melayu dan agama Islam. Oleh itu, pada pendapat saya, daripada kita menghentam semua pihak, adalah lebih baik mencari jalan agar penyatuan ini. dan berbalik kepada entri terdahulu saya, persoalan-persoalan inilah yang saya lontarkan kepada Srikandi. Untuk Anonymous February 4, 2011 8:14 pm, tegas nyatakan di sini, saya tidak menghentam Srikandi. Saya cuma menegur. Kita seharusnya memandang tinggi ke langit, tetapi sedarlah kaki kita masih berpijak di bumi. Kita boleh berbangga dengan keagungan Melayu zaman-berzaman seperti yang diceritakan oleh Srikandi, tetapi kenyataannya sekarang selain dari kekuatan politik Melayu terutamanya dari UMNO dan PAS dan kedaulatan Raja-Raja Melayu, saya merasakan bangsa Melayu Malaysia begitu lemah dari segi ekonomi dan sosial. Apa yang diharapkan dari kajian Srikandi, Srikandi mampu beri jalan bagaimana untuk kita membina bangsa melayu yang agung, sepertimana yang telah berlaku berkali-kali dalam sejarah tamadun Melayu. Mungkin kita mampu untuk mengulangi sejarah silam di mana ketika itu bangsa Melayu begitu berkuasa di Nusantara. Saya juga teringat sesuatu apa yang telah diajar sejak kecil dan seringkali juga diingatkan walaupun usia sudah menghampiri separuh abad ini ... jika ingin menasihati itu sebaik-baiknya dengan sehalus-halus bahasa bagaikan menarik rambut di dalam tepung. Rasanya ramai pembaca dari kalangan pengikut-pengikut parti politik yang mengikuti penulisan Srikandi, dan sebaik-baiknya Srikandi tegurlah mereka dengan sebaik-baik bahasa. Tegurkanlah mereka agar mereka dapat menerima teguran itu dengan baik. Saya rasa itu lebih baik dari menghentam mereka dan merendah-rendahkan mereka. Srikandi juga mampu mengubah pendirian mereka, meminta mereka jangan menjadi alat politiking sesetengah pemimpin mereka dan lebih mengutamakan usaha untuk mempertahan dan mendaulatkan bangsa dan agama. Itu lebih baik untuk semua yang mengikuti penulisan di sini memahami masalah yang melanda bangsa Melayu, bukan hanya di Malaysia, malahan juga nasib buruk bangsa melayu di sekitar Nusantara yang sudah kehilangan jatidiri. Terimakasih juga kepada Chempiang Pahit dan ahazeman di atas komen-komen kalian. Seperti yang dinyatakan Chempiang Pahit, benarlah yang mana kancah politik bangsa Melayu kini makin rosak. Itulah yang harus kita perbaiki, lebih-lebih lagi mereka yang terlibat secara terus dalam politik. Jadi kita harus menasihati sepertimana yang dinyatakan oleh ahazeman .. namun jangan sampai nasihat yang ingin disampaikan itu seperti merendah-rendah dan menghina mereka. Jika mahu mengubah mereka, lakukan cara yang lembut. bukankah Mata pena itu lebih baik dari mata pedang? - Melayu Melaka -
Mahad Firdaus said...
Salam, Saudara Melayu Melaka, syabas kerana pendirian saudara yang cukup sempurna dan itulah juga harapan semua umat Melayu. Tetapi persoalannya ialah "bagaimana?" setelah ultrakiasu semakin ganas dan menjijikkan? Apabila sesuatu "kenyataan sebenar" dibentangkan sememangnya sangat menyakitkan. Tidak diragui kedudukan Melayu masa kini cukup/amat terancam atas permainan ultrakiasu. Inilah yang cuba dipaparkan untuk menyedarkan mereka yang belum faham atau tidak mahu faham tentang situasi ini dan srikandi cuba memberi peringatan terhadap ancaman "kehilangan" yang bakal menyusul. Sdr Melayu Melaka mempunyai hasrat yang baik untuk mencapai "perpaduan" antara puak dan juak2 politik semasa yang semakin lumpuh berbanding suara ultrakiasu. Namun apa cara sekalipun akan gagal selagi wujud para pemimpin yang degil dan sayangkan kedudukan. Usaha yang belum dicuba ialah "desakan" dari bawah. Ini yang sedang kita cuba. Setidak2nya akan wujud satu lagi puak yang tidak memihak kepada mana2 puak dan lebih sesuai di sebut sebagai anti demokrasi ala barat ini. Mereka ini amat faham "kekarutan" sistem politik demokrasi yang licik, dusta dan penuh pura puraan ini. Golongan ini (anti/benci demokrasi) semakin membiak, dan mereka lebih suka beralih kembali ke jalan syahadah dan tawakkal kepada Allah. Tiada gunanya kita mengharapkan demokrasi menaikkan kembali keagungan bangsa, sebaliknya demokrasilah yang meruntuhkan keyakinan/jati diri bangsa. Ultrakiasu mengambil peluang menambahkan lagi penderitaan bangsa Melayu. Menghina Melayu dan selepas ini menjadikan bangsa ini hamba mereka. Semoga ia dapat membuahkan kesedaran terhadap bencana yang bakal menimpa. Terasanya semakin dekat. Apa UMNO, PKR dan PAS sedang buat? Saling tuduh menuduh semata untuk mendapat..... Maaf jika keterlaluan dan menyinggung mana-mana pihak. Wassalam.
banang said...
Negeri Melaka juga hampir dikuasai ultrakiasu. Beringatlah saudara.
ahazeman said...
Salam kepada semua, Adakala pahit itu adalah ubat. walaupun adakala pahit dan masam itu juga racun. Tapi rasa manis adalah racun jangka panjang jika diambil berlebihan. Apatah lagi bila usia kita hampir di penghujung. Itulah pesan secara thamsilan yang tertulis dalam kitab-kitab manuskrip lama yang disalin berkali-kali, turun temurun diolah diterjermah mengikut perkembangan anak cucu yang mewarisi. Hidup bersatu bukanlah berada dalam satu. Tetapi saling bantu membantu menghapus buntu hidup bersatu bukanlah saling setuju bersetuju Tetapi saling aju-mengaju mencari jalan dituju. begitu tinggi maksud dan dalam pantun ini yang saya sendiri sukar memahaminya dan boleh ditafsir salah jika tidak dinilai melalui pengalaman hidup. semoga ia kekal menjadi ingatan kepada pemain2 dan penyusun negara. Tapi pantun ini mengingatkan kata TUN Mahathir yang marah dengan bekas penyokongnya yang menyokong tidak cara berkualiti.
ahazeman said...
‎'Saiyidina Umar AL Khattab pernah memberikan nasihat: لاَ تَظُنَّنَّ بِكَلِمَةٍ خَرَجَتْ مِنْ أَخِيْكَ سُوْءً وَأَنْتَ تَجِدُ لَهَا فِي الْخَيْرِ مَحْمَلاً “Janganlah sekali-kali engkau menyangka dengan prasangka yang buruk terhadap sebuah kalimat yang keluar dari (mulut) saudaramu, padahal kalimat tersebut masih bisa engkau bawakan... pada (tujuan) yang baik.” Perhatikanlah, 'Umar melarang prasangka buruk terhadap perkataan atau nasihat selama masih ditafsir pada tujuan yang baik, masih mengandung maksud dan tujuan yang baik. Maka janganlah engkau berprasangka buruk terhadap saudaramu, karena pada asalnya ia ...tidaklah berkata kecuali (menginginkan) kebaikan, dan ia tidak (ingin) mengucapkan kebatilan secara ketara.(seperti makin hamun membabi buta) Jika perkataannya masih mengandung makna yang baik maka bawalah perkataan tersebut pada makna yang baik, sehingga selamatlah saudaramu dari kutukan , selamatlah ia dari prasangka buruk, selamatlah engkau dari dosa, dan selamatlah ia selamat dari diikuti serta dicontoh kesalahannya. Telah menjadi arahan Allah yang jelas untuk dipakai oleh semua ummat manusia tidak terkecuali sesiapa pun dalam dunia ini ialah untuk saling pesan berpesan dan ingat mengingati dengan kebenaran dan kesabaran (intisari surah wal asr) tanpa ...menunggu diri terlalu sempurna kerana kita perlu begitu kerana kita sememangnya tidak akan sempurna. telah menjadi hasutan Syaitan kepada mereka ummat Muhammad supaya takut melakukan ini kerana kononnya tidak sempurna dan ada dosa. Sesungguhnya oleh kerana kita tidak sempurnalah maka kita hendaklah saling menasihati dan ingat mengingati dengan kebenaran dan kesabaran. Maha suci Allah yang maha sempurna dan maha menerima taubat yang telah menyuruh ummat manusia melakukan ini Ada satu kisah popular mengatakan Malahan Iblis sendiri pernah memarahi seorang manusia yang menasihatinya supaya memastikan dirinya bersih mulia tiada dosa sbesar zarah pun sebelum layak menasihatinya yang lebih lama hidup. Inilah tanda keangkuhan iblis yang tidak boleh ditegur. maka Iblis walaupun derhaka adalah hamba yang ta'at memuji Allah tetapi malangnya beliau Iblis tidak boleh dinasihati dan kufur.
ardinge said...
Episod perpecahan Melayu yang kian berkecamuk ini memelukan satu momentum khusus yang cukup perit dan payah untuk ditelan. Ini disebabkan igauan kegilaan politik dan berkepentingan melampau mengisi gudang dan pengaruh. Semestinya jauh dari keikhlasan apatah lagi untuk bekerja kerana Allah. Adakah anda semua bersedia menanti kepayahan hidup akibat dari kegilaan politik ini? Pasti terjadi bilamana jurang kehidupan menjadi semakin sempit dan mereka yang kaya terus mengaut seberapa banyak dana yang melimpah dan merasa tidak selesa melihat para peminta yang miskin dan dhaif. Doa mereka yang terhimpit dan dizalimi bakal mendapat restu Allah swt. Akan berlakulah sesuatu peristiwa akibat kemarahan samaada terhadap ultrakiasu dan kroni mereka atau kepada pemimpin yang tamak. Kenaikan harga barangan yang membuak kini bakal melahirkan rakyat ramai yang miskin dan menderita ini tentumya mencetuskan kekacauan dan jenayah. Dari sini akan bermulalah episod yang sangat mendukacitakan. Bersediakah kita mati dengan penuh kehinaan? Jauh pula dari rahmat Ilahi. Manusia jenis apakah Melayu ini? Harapnya mereka cepat tersedar dari lamunan mimpi.
kasturi said...
salam...ada tak sesiapa yg tahu salasilah & sejarah mendeleng di tanah melayu???terutama di bahagaian utara malaysia...harap membantu.. sila emelkan maklumat kpd saya di khairuladha@mohr.gov.my
Anonymous said...
Wan Azri_87 saya petik maklumat ini dari blog http://wzwh.blogspot.com/2010/08/pahang-negeri-tua.html Menurut rekod-rekod China seperti "Nan Shih" dan "Sejarah Sung", negeri Pahang ada seorang Raja yang bernama Seri Palavarman. Baginda telah menghantar satu utusan ke China dengan membawa sebanyak 41 hadiah dalam TM 449. Maharaja China telah mengisytiharkan raja ini sebagai raja dalam negeri Pahang. Dalam TM 451 dan 456 Seri Palavarman mengutus pula ke China seorang ahli sejarah negerinya yang bernama Danapati TM 459 dengan satu bingkisan dan juga hadiah-hadiah. Danapati telah dikurniakan gelaran "Panglima Gagah Perkasa". Dalam TM 459 pula raja Pahang ini telah mengirimkan sepasang burung kakak tua; seekor putih dan seekor merah kepada Maharaja China. Seorang lagi ahli sejarah negeri Pahang yang bernama Dasurawan telah datang ke China dalam TM 464 sebagai pengiring utusan negeri Pahang. Seperti Danapati, ahli sejarah ini diminati oleh Maharaja China. Baginda memberikan gelaran kepada kedua-dua ahli sejarah Pahang ini dengan gelaran "Panglima Kuda-Naga". Selama ini WZWH ingat hanya Parameswara pengasas kesultanan Melayu Melaka merupakan orang Melayu pertama menjejak "Kota Larangan" di Beijing pada tahun 1407 tapi rupanya dua orang diplomat Pahang telah mula-mula menjejaknya pada tahun 449, 451, 456, 459, 464 dan 466 iaitu Danapati dan Dasurawan. Maharaja China telah mula-mula mengiktiraf kedaulatan kerajaan beraja Pahang lebih dulu dari kerajaan kesultanan Melayu Melaka. Kerajaan beraja Pahang lebih tua dan lama dari Kerajaan Seriwijaya yang diasaskan pada tahun TM 683 dan Kerajaan Majapahit yang diasaskan pada tahun TM 1293. Sebab itu Pahang adalah negeri paling tua di Semenanjung Tanah Melayu sudah punyai orang cerdik pandai beribu-ribu tahun dulu. Orang Pahang pandai dan bijak memerintah sebab itu negeri Pahang yang paling besar dalam Semenanjung Tanah Melayu. Kalau kita baca sejarah Pahang moden dulu Kemaman, Endau, Rembau, Bahau itu dulu dalam negeri Pahang. ...Kerajaan ape yg memerintah pahang sebelum datangnye Srivijaya...Setahu saya, menurut penulis eropah Kerajaan Pahang tidak terikat dengan mana2 Kerajaan awal di Kepulauan Melayu.Dikatakan juga Pahang mempunyai pemerintahan sendiri di Pulau Tawar atau Chini sehinggalah ianya ditakluki oleh Siam pd abad ke 14
gila-haih said...
sungguh dasat catatan cik srikandi si penagih sejarah. jika ditanya perihal suasana di tanah melayu ketika era penjajahan kepada orang lama di tanah melayu. alkisah setelah tanah melayu di jajah oleh jepun, maka penduduk-penduduk di tanah melayu pun di layan secara kejam dan di zalimi oleh tentera bintang tiga si komunis. soalannya; di manakah RAJA-RAJA melayu ketika itu? berlari ke hutan kah mereka? pengecutkah mereka membiarkan rakyat di seksa? kononnya mereka sungguh hebat dari keturunan yang hebat. kenapakah TIADA PUN silibus sejarah yang menyebut tentang peranan raja semasa diserang jepun dan bagaimanakah mereka boleh berkuasa kembali setelah era penjajahan jepun berakhir? adakah ini suatu komplot? -gila haih!! minta cik srikandi si hantu penghisap sejarah tolong huraikan, agar tidak menconteng arang di muka kita, bangsa kita
Fahmi Mahat said...
moga usaha Srikandi mengumpul dan menyatukan sejarah Melayu ini, akan membawa, andai tidak semua, banyak hati Melayu, menuju ke penyatuan Melayu utama, atas dasar dan asas yang benar. Bukan atas polemik. Bukan jua atas emosi. =) Jom, mohon kekuatan dan sokongan dengan Solat Dan Sabar~ =) yang menyokong, FahmiMahat


0 comments: