Srikandi Timur

Srikandi Timur
Sehalus rasa,Sedalam Makna

"Jangan Lupa Komen Ye..."

Anda Boleh Menukar Fon Pada Blog Ini Untuk Keselesaan Semasa Membaca

03 November 2011

(Hidayah Islam) - Hak Cina yang kita tak tunaikan

Hak kaum Cina yang kita tidak tunaikan

oleh Hermit


Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Hari Raya adalah antara nostalgia yang kental
di dalam hati setiap sanubari orang Melayu di Malaysia khususnya.
Bila teringat Hari raya,
kita pasti teringat tentang kuih raya,
baju raya atau lagu-lagu raya.
Anehnya,
lagu-lagu raya dibikin dalam mood yang begitu menggamit kenangan
(kecuali lagu raya moden yang tak menjadi).

Hari Raya adalah perayaan agama.
Ia bukan perayaan adat bangsa Melayu.
Hari Raya disambut selepas habis bulan Ramadhan
dan di hari ini (1 Syawal) kita diharamkan berpuasa.
Hari ini Hari Raya telah menjadi darah daging kita orang Melayu.
Ia telah menjadi adat dan budaya.
Ia telah menjadi ritual yang wajib dilaksanakan,
jika tidak kita bukanlah benar-benar 'true' berhari raya.
Mengapa saya katakan begitu?
Sebab di hari inilah orang yang jarang bersolat
akan datang bersolat Hari Raya dengan penuh megah dan semangat,
dengan baju yang cantik berwarna warni.
Semoga solat sunat Hari Raya yang 2 rakaaat ini akan menjadi asbab hidayat
kepada mereka yang selalu mengabaikan solat yang fardhu 5 kali sehari semalam.


Islam telah memberikan nikmat tidak terhingga kepada orang-orang Melayu.
Betapa bijaknya nenek moyang kita dahulu kerana meninggalkan agama animisme,
Hindu dan Buddha yang menyembah patung bikinan sendiri atau agama pagan,
dengan berbondong-bondong masuk ke dalam hidayat Allah s.w.t
tanpa banyak mengambil masa dan berfikir panjang.
Orang Melayu bukan sahaja menikmati hidayat Allah s.w.t ini sendiri,
malah keluar mengajak kaum-kaum Austronesia lain seperti Jawa,Bugis,Sulu dan lain-lain
supaya masuk ke dalam rahmat Allah s.w.t.
Ketika orang Melayu mempunyai Kesultanan Islam sendiri iaitu Kesultanan Melaka,
Majapahit sebagai entiti politik orang Jawa masih menganut fahaman Hindu,
dan hasil kerjasama orang Melayu Champa dan Kelantan
berserta para pendakwah dari Arab dan Parsi
maka wujudlah era 'Wali Songo' yang menyaksikan kebangkitan kerajaan Demak
dan pengislaman beramai-ramai saudara kita dari kalangan orang Jawa.
Minat kepada agama Islam telah awal dikesan dalam surat Maharaja Sriwijaya,Indravarman
kepada Khalifah Umar Bin Abdul Aziz,
yang meminta khalifah terkenal itu mengajarnya tentang Islam.



Hari ini kita di Malaysia hidup bersama-sama kaum-kaum lain seperti orang Cina dan India.
Kaum Cina contohnya telah mula masuk ke Tanah Melayu sebagai pekerja tanah Melayu,
ketika era pemerintahan British untuk mengusahakan lombong-lombong bijih timah,
atau membuka perniagaan.
Kaum Cina adalah kaum yang bijak berniaga dan rajin berusaha.
Di bandar-bandar di negara kita,
sememangnya kaum ini mendominasi kedai-kedai dan pusat perniagaan.
Ekonomi Malaysia banyak disumbang oleh kaum ini
yang sama-sama berganding bahu dengan orang Melayu
dan India untuk memakmurkan bumi Malaysia tercinta ini.
Sedar tak sedar,
ekonomi Malaysia banyak dipacu oleh kaum ini,
dan kita,orang-orang Melayu beragama Islam sedar tak sedar begitu bertuah,
dengan tinggal di laluan strategik antarabangsa,
banyak sumber mineral,
aman damai,
tidak ada gempa bumi atau gunung berapi,
dan ditambah dengan orang lain yang 'membantu' kita menaikkan ekonomi Malaysia
tanpa perlu kita bersusah payah,
sebagaimana Vietnam atau Kemboja yang 'tidak pandai' memanfaatkan kelebihan kaum Cina ini.

Boleh dikatakan kemajuan orang Cina,
juga memajukan orang Melayu.
Apabila orang Cina membuka pusat perniagaan,
maka ini membuka peluang orang Melayu mencari rezeki.
Sebab itu kita tidak mendengar orang Melayu kita berhijrah beramai-ramai
mencari pekerjaan di luar negara.
Anak-anak muda kita bebas memilih kilang mana atau kedai mana
untuk bekerja menambah duit poket.
Sedar tak sedar...
orang Cina ADALAH RAHMAT ALLAH TAALA
YANG DIANUGERAHKAN KEPADA KITA ORANG MELAYU.
Kehadiran orang Cina adalah semata-mata untuk ikram orang Melayu Malaysia.
Kita telah masuk agama Islam
dan bawa agama kepada kaum-kaum lain,
maka Allah hantar satu kaum lain yang bekerja untuk kita
memajukan ekonomi orang Melayu.
Jangan lihat kenyataan ini dari sudut mikro
(seperti survival bisnes orang Melayu atau agihan kek ekonomi)
tetapi pandanglah dari sidut makro,
betapa Malaysia naik mendadak tidak sampai 50 tahun
dengan sebahagiannya dipercepatkan oleh kaum Cina ini,
(selain pentadbiran politik orang Melayu yang 'tenang').

Selepas orang Cina sedikit sebanyak membantu kita memajukan diri,
apakah sumbangan atau balasan kita kepada orang Cina?
Kita mesti membalas jasa orang Cina kerana mereka banyak berjasa mengubah wajah Malaysia
dari imej selepas kolonial kepada negara antara paling produktif di Asia.
Mereka telah berjasa menghiasi rumah kita ini dengan pembangunan dan kemajuan,
dan rata-rata kita orang Melayu hidup selesa di bumi bertuah ini.
Kita dapat berhari raya dengan gembira.
Ekonomi baik dan suasana aman makmur.
Kita orang Melayu perlu rapat dengan mereka,
dan belajar bersungguh-sungguh ilmu berniaga dengan mereka,
supaya duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan mereka.
Bukannya bila mereka berdiri,
kita masih duduk bergoyang kaki.


Jadi tuan-tuan,
kita MESTI MEMBALAS pengorbanan kaum Cina memajukan Malaysia,
tanahair kita.
Kita tidak perlu marah kepada mereka,
walaupun ada di antara mereka yang amat pekat sikap rasis dan kauvinis mereka !!!!!!!!!!
Apa yang kita lakukan ialah kita balas dengan kebaikan,
lama-lama sikap rasis dan sombong mereka akan hilang serta-merta dengan izin Allah.
Apa yang berlaku hanya dengan izin Allah.
Kita MESTI balas segala kebaikan mereka tuan-tuan.
Mereka telah didatangkan oleh Allah s.w.t
untuk membantu orang Melayu meningkatkan taraf hidup mereka.
Mungkin tanpa mereka kita akan membangun juga,
tetapi lambat,
seperti yang terjadi di Vietnam,
Burma atau Laos.
Kita masih pegang politik dan mengawal mereka,
tetapi mereka bekerja memajukan ekonomi!
Bukankah ini satu simbiosis yang menguntungkan orang Melayu?
Jadi terasa tidak adil jika kita tidak membalas jasa-jasa kaum Cina ini.


Bagaimana mahu membalas jasa-jasa mereka?
Kita tunaikan hak mereka YANG SEBENAR.
Tunaikan sahaja tanpa prejudis.
Jangan berdolak-dalik atau dimenyuaratkan berminggu-minggu.
Ini HAK MEREKA yang sekian lama kita tidak tunaikan.
Kita biarkan mereka terlonta-lonta tanpa pembelaan.
Kita biarkan anak-anak mereka tidak mendapat HAK ISTIMEWA ini.
Adakah adil kita orang Melayu sahaja yang dapat HAK ISTIMEWA,
mereka kaum Cina didiskrimasikan?
Mereka bukan haiwan yang tidak dipertanggungjawabkan,
mereka manusia juga seperti kita.
Adilkah kita sebagai orang Melayu yang mengaku Islam,
membiarkan kaum Cina tidak mendapat hak-hak mereka yang sebenar,
anak-anak mereka yang tidak tahu masa depan mereka bagaimana...
adilkah kita?
Adilkah?
Kita tahu kebenaran,
tetapi kita biarkan mereka yang banyak berjasa kepada kita,
terlonta-lonta kegelapan tanpa menikmati 'special rights'
yang dinikmati kita sejak zaman-berzaman.



Apakah HAK-HAK ISTIMEWA yang perlu kita beri pada mereka itu?
Tanah?
 Bukan tuan-tuan...
tanah dan bumi Malaysia ini tidak memadai untuk mereka.
Satu hari,
Malaysia berserta planet Bumi ini akan musnah.
Tetapi HAK ISTIMEWA ini kekal abadi selama-lamanya.
Buka sekolah-sekolah Cina banyak-banyak?
 Bukan tuan-tuan,
jika semua sekolah di Malaysia ini ditukarkan menjadi SRJK (C) sekalipun,
hak mereka tidak akan tertunai.
Itu bukan caranya.
Beri mereka kuasa politik Malaysia,
mansuhkan sultan-sultan,
jadikan Malaysia republik macam Singapura.
 Oooo....
itu lagi bukan cara yang betul malah akan menambahkan masalah.
Bukan sahaja hak-hak istimewa mereka tidak tertunai,
malah 'hak-hak istimewa' kita pun hancur lebur.
Itu bukan hak-hak istimewa mereka tuan-tuan,
bukan.
Ada hak istimewa mereka yang kita selalu abaikan dan ini adalah...
SEBENAR-BENAR DAN SEBESAR-BESAR HAK-HAK ISTIMEWA KAUM CINA.
Apa dia?
HAK UNTUK MENDAPATKAN NIKMAT IMAN DAN ISLAM.
Kita orang-orang Melayu perlu ada rasa tanggungjawab
untuk ajak orang Cina untuk mendekati Islam.
Kita orang Melayu dapat iman secara percuma.
Lahir sahaja ke dunia,
automatik telah dapat pakej Islam.
Bagaimana dengan kaum Cina?
Sejak dari kecil diajar sembah colok,
asap,
patung bikinan tangan sendiri,
dan dewa-dewa perang
(ada yang diambil dari kisah The Romance of Three Kingdoms).
Mengapa mereka tidak mendapat hak mengenal Tuhan pencipta mereka sendiri secara percuma seperti kita?
Mereka nak dapat iman dan Islam perlu bersusah payah,
perlu mendapat cemuhan keluarga dan usaha yang tidak sedikit untuk belajar tentang Islam.
Kita?
Ibu dan ayah yang ajarkan,
kemudian ustaz dan ustazah.
Semuanya percuma dan amat mudah.
Islam kita Islam 'free'.


Jadi sempena Hari Raya Aidilfitri ini,
marilah kita azam untuk lebih banyak membaiki diri sebagai orang Islam
supaya dengan dengan itu dapat memberi imej yang baik di mata orang Cina
dan menarik minat mereka untuk dekat kepada Islam.
Jika kita bekerja di bawah mereka,
kita tonjolkan ketepatan masa,
kita solat tepat pada waktunya dan selepas itu bekerja bersungguh-sungguh.
Percayalah,
orang Cina biasanya tidak halang kita solat.
Malah jika kita selalu jaga solat,
apabila azan berkumandang,
orang Cina itu akan mengingatkan kita untuk solat secara tiba-tiba,
seperti pengalaman rakan saya apabila bosnya berkata,
"You tak semayangkah?
Itu Tuhan you sudah panggil,"
ketika dia terleka membuat kerja.

Ramadhan yang berlalu banyak mematangkan diri kita.
Kita baiki diri kita perlahan-lahan,
dan kita azam untuk tonjolkan kehidupan kita selari dengan kehidupan Rasulullah s.a.w
dengan moga-moga dengan itu Allah s.w.t jadikan asbab hidayat kepada bukan sahaja kaum Cina
malah kaum India juga supaya meninggalkan patung-patung tak bernyawa
kepada menyembah kepada pencipta mereka sendiri,
kembali ke pangkuan Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang.
Selamat Hari Raya Aidilfitri dari kami di MistisFiles.



Artikel Selamat Diapungkan Di Mistisfiles Pada 7:57pm, 30 Ogos 2011, 1 Syawal 1432


-Hermit-

Lebuhraya Utara Selatan
29 Ogos 2011
29 Ramadhan 1432
Tanah Melayu, Nusantara.

((( Rahsia Itu Hanya Untuk Mereka Yang Mampu Memahaminya )))



  • Princess Anis and 107 others like this.
  • 11 shares

    • Princess Anis Selamat Diabadikan Di Mistisfiles.
      August 31 at 12:48pm · · 12

    • Dinar Emas (Pengedar Syiling Sedunia) Terima kasih awak...
      August 31 at 12:55pm · · 3

    • Mohd Fairuz Wan Hazlina Artikel terbaik dipagi raya ke-2 ini.. Semoga Allah memberikan hidayahnya kepada seluruh umat Nabi S.A.W..
      August 31 at 12:56pm · · 7

    • Nur Syazwina Nasarudin Nubies Tersentap seketika...
      August 31 at 1:03pm · · 5 ·

    • Nusantara Melayu Ya Allah beri Hidayah seluruh alam.....amin
      August 31 at 1:08pm · · 2

    • Roshidi Higuain baru-baru ini ketika saya mahu pergi buat umrah di tanah suci ...sorang kakak berbangsa cina barkata "sampai disana doakan akak ya dik"
      August 31 at 1:25pm · · 13 ·

    • Sang Sangga ‎????
      August 31 at 2:09pm · · 3

    • Zim Muhammad
      sgt setuju . perayaan di malaysia ini seolah olah seperti perayaan bangsa melayu . kaum cina india juga manusia seperti kita . dan saya percaya Allah maha adil untuk memberi hidayah kepada semua manusia yang membuang egonya tidak kira bangs...See More

      August 31 at 2:35pm · · 8 ·

    • Citra Zara Rania Sejak kecik beli roti di kedai cina, di sini tak rasa sgt semangat racism... Uncle aunty Cina pun kecek kelate.. Rasa mereka naturally ore kelate aje.. Beza pada agama anutan.. Satu akauntabiliti rupanya utk perkenalkan agama hanif
      August 31 at 2:53pm · · 10

    • Che Wan Jamallullai ‎"carilah ilmu sampai ke negeri cina",,,selamat hari raya,,,hehe
      August 31 at 8:26pm · · 4

    • Mukmin Al-Kherid Rahsia Itu Hanya Untuk Mereka Yang Mampu Memahaminya...
      sungguh Ilmu Allah itu luas,,maka cari lah ia....

      August 31 at 9:39pm · · 4

    • Yati Norhayati Alhamdulillah. .Terima kasih atas artikel yg sgt2 bernas. .Tq Allah . .Semoga pihak penulis akan sentiasa dilimpahi rahmat dari Nya. .Amin. .
      August 31 at 9:40pm · · 2

    • Mir Age hihi tq :P
      August 31 at 10:28pm · · 4

    • Nurul Nabilla Sabri Nurashidah Sherry
      August 31 at 11:27pm · · 2

    • Mika Power
      Salam..


      Belajar ilmu agama & Usaha agama
      merupakan 2 perkara yang berbeza..


      ...See More

      September 1 at 12:44am · · 10

    • Dzul Faqar Wa qalu sami'na wa a-ta'na ghufranaka rabbana wa ilaykal masir.

      Sungguh dirimu Baginda Muhammad adalah suri tauladan.

      September 1 at 1:02am · · 3

    • Princess Anis sebab ini TANAH MELAYU dol...!!!
      pernah ke Masjid Melayu ada di TANAH APEK ?
      tau tak pe...

      September 1 at 3:02pm · · 6

    • Ummumi EmasPerak jika mereka dapat hidayah dan taufik ini, akan menjadi satu fenomena ! sesekali baca rencana Ustaz Ridhian Tee dan Ustaz Farid Ravi juga..
      September 1 at 4:09pm · · 4

    • Rozaib Mohamad Rozaib Che Wan Jamallullai "carilah ilmu sampai ke negeri cina".. itu adalah hadis palsu, saudara..
      September 1 at 4:32pm · · 4

    • Armieyzanieyzam Arab ya..HAK UNTUK MENDAPATKAN NIKMAT IMAN DAN ISLAM.
      September 1 at 8:05pm · · 2

    • Putera Sriwijaya DE: Apa komen DE ttg tuduhan Mat Sabu yg mengatakan polis2 yang berjuang menentang komunis itu sbnrnya adalah pengkhianat negara, manakala komunis itu pejuang sebenar?
      September 1 at 8:54pm · · 1

    • Rozaib Mohamad Rozaib Megat Panji Alam??
      September 1 at 10:14pm · · 1

    • Dinar Emas (Pengedar Syiling Sedunia)
      ‎...
      berkenan isu Mat Sabu,
      inilah akibatnya sekiranya sejarah yang salah ditanam
      dalam hati yang bersih,
      lalu mempercayainya sebagai SEJARAH YANG BETUL,
      fitnah akhir zaman semakin menjadi2 dan pemimpin dilantik
      pada bidang yang bukan ahlinya.

      Tuan-puan semua...
      Semua hasil kajian kami SENTIASA terbukti dengan sendirinya
      melalui peredaran masa & jaringan matriks dunia,
      ingat klu kami ini...
      TERKADANG ANDA AKAN PERCAYA 100%
      HANYA APABILA BERITA TV MEMAPARKANNYA...
      sedangkan kami sudah lama amarankan bertahun2 sebelum itu lagi.

      Anak2 semua..
      Sila rujuk Artikel Vatican di alamat ini,
      www.dinar-emas.com/vatican.html
      apa yang telah dibentangkan oleh saudara Zaim benar2 terjadi...
      Srikandi adalah Permaisuri yang memegang rahsia sejarah Nusantara,
      beliau sangat arif dalam bidang ini,
      dan untuk makluman semua,
      kami akan membawa masuk watak penting dalam arena maya,
      akan kami memperkenalkan anda ---> Megat Panji Alam.
      siapa beliau ?
      ya...
      beliaulah yang bertanggungjawap memperkenalkan topik
      KERINGNYA TASIK GALILEE = TURUNNYA NABI ISA
      topik ini menjadi panas sebelum wujudnya facebook,
      dan kes berat ini membawa umat Melayu
      semakin bangkit dari lena yang panjang,
      dan kehadiran beliau lebih awal dari ketibaan Sheikh Imran Hosein,
      lebih menghairankan...
      hasil kajian beliau,
      sangat sama dan bertembung & sangat matriks
      dengan pendekar penyu mentor Dinar-Emas.COM
      dalam masa yang terdekat,
      kami akan memperkenalkan MEGAT PANJI ALAM,
      bersama skuad angkatan risik terahsia akhir zaman sedia ada.
      Beliau bersetuju bersama kami di alam maya,
      untuk memecahkan kod akhir zaman.

      Salamat Datang MEGAT PANJI ALAM.
      Beliau akan dilantik sebagai penasihat page DE,
      dalam bidang TAMADUN YAKJUJ MAKJUJ,
      selain Srikandi sebagai pengawas page DE dalam bidang SEJARAH,
      dan kami meneruskan usaha melebarkan ALTER TERAHSIA
      di Nusantara dengan mendidik umat Islam untuk menyimpan
      emas & perak dan hadiah MASKAHWIN dengan pembinaan
      ASAS2 SISTEM KHALIFAH iaitu:
      Mendaulatkan DinarEmas & DirhamPerak sebagai matawang dunia.
      Rujuk:
      https://www.facebook.com/DinarEmas.DirhamPerak?sk=info

      Takkan Dinar Hilang Di Dunia
      Takkan Islam Hilang Di Dunia
      Takkan Ahlul Bait Hilang Di Dunia
      Takkan Silat Hilang Di Duna
      TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA

      10:30 malam
      03 Syawal 1432
      01 September 2011
      Khamis
      Waktu Temasik, Nusantara.

      September 1 at 10:30pm · · 18

    • Muhammad Firdaus alhamdulillah... dulu pernah terbaca hasil tulisan saudara Megat... mungkin sebab alpa, lps tu dh xjumpa hasil tulisan beliau... Tahniah buat DE & Cikgu Princess Anis... Moga Allah merahmati kita smua...
      September 1 at 10:58pm · · 2

    • Dewa Durjana Takkan Islam Hilang Di Alam Ciptaan Allah...:-)
      September 1 at 11:22pm · · 1

    • Rozaib Mohamad Rozaib orang melayu?? wahh hebat...
      September 1 at 11:24pm · · 2

    • Iskandar Alexander D.E. maksudnya,cerita mat sabu itu benar?confius la
      September 2 at 2:04am · · 1

    • Power Zan
      rasanya ada benarnya cerita mat sabu..walaupun bukanlah 100% benar..sebenarnya kita telah ditipu dari sekolah lagi.kita diajar supaya kita mempercayai ape yg "mereka" mahu kita percaya,walaupun bende tu salah..antara contoh penipuan yg pali...See More

      September 2 at 8:02am · · 2

    • Dzul Faqar
      siapa itu komunis? siapa pula penjajah British? siapa pula dibelakang mereka?


      apa pula tugas & nasib anggota keselamatan yg kebanyakannya terdiri dr anak melayu? apa pula nasib anak2 melayu yg terlibat dgn komunis?


      mengapa British beria b...See More

      September 2 at 9:59am · · 2

    • Ikmal Putra Penggabungan mejat panji alam dan DE .amat saya sokong.saya mengikuti perkembangan semasa mengenai dunia akhir zaman. moga pekara ini dapat memecahkan minda umat islam yang telah di pengaruhi idealogi penjajah/pemenrintahan sekular
      September 2 at 11:34am · · 1

    • Ikmal Putra Share Ceramah Ustaz Dr Ann Wang Seng -Antara Pejuang Cina Muslim tersohor di negara. http://www.youtube.com/watch?v=MnH3nIo3zLw
      September 2 at 11:50am · · 2

    • Abu Bakar Wan Ibrahim maha suci allah yang mengurnia barang yang ia sukai.
      September 2 at 11:51am · · 1

    • Che Wan Jamallullai Rozaib Mohamad Rozaib,,,hadits palsu???
      September 2 at 3:31pm · · 1

    • Abnà Humà DE: benar,.. meskipun begitu, sebenarnya Allah tidak kejam terhadap hamba2 NYa. setiap seorang yang bukan Islam, Allah telah memberi mereka "mimpi" mengenai kebesaran Allah (7 kali ---jika silap sila perbetulkan---). apapun dakwah mesti diteruskan.
      September 2 at 10:48pm · · 1

    • Serikandi Melur suke sgt artikel ni..selalu pagi2 bertembung dgn cina2 sibuk bersenam seolah2 mereka akan hidup kekal abadi dgn menjage kesihatan..namun lps tu ke mane?kasihan..kita ade tggungjwb y lebih berat ni..
      September 3 at 8:38pm · · 1

    • Syed Syamsul serikandi,maaf cakap,salah sangkaan kamu tu=]..Islam juga menitikberatkan kesihatan jasmani selain rohani.
      September 4 at 6:37am · · 1

    • Serikandi Melur syed syamsul,trm ksh...iya,mmg menitikbrtkn kesihtn jasmani rohani..namun cara kaun cina,mrk spt sgt terdesak utk sht..mata sy y melihat bagaimana rentak mrk bersenam,maka sy dpt menilainya..
      September 4 at 6:23pm ·

    • Ain Dal Lam Ya jelas artikel yg mejentik hati dan akal
      September 4 at 8:35pm · · 1

    • Haidirrazak Mohd bg aku komunis dan british dua2 adalah pnjajah...dua2 mmpunyai misi yg sama iaitu utk menguasai tanah melayu....cuma silap komunis ni satu je, xpandai amik hati org melayu..guru2 agama diculik, dibunuh, pnduduk kampung ditanam hidup2..tu yg mncul tentera sabil dan tentera selempang merah mnuntut bela tu
      September 6 at 8:31am ·

    • Arkaine Nicole pernah sy fikir, kenapa Tuhan x jadikan semua ciptaan Islam...
      September 22 at 12:10am ·

0 comments: