Srikandi Timur

Srikandi Timur
Sehalus rasa,Sedalam Makna

"Jangan Lupa Komen Ye..."

Anda Boleh Menukar Fon Pada Blog Ini Untuk Keselesaan Semasa Membaca

03 November 2011

Catatan Srikandi IX





Catatan Srikandi IX





"Follow your heart,Srikandi..."







Subuh tadi setelah selesai menyiapkan tugasan saya,tanpa saya sedari saya terlelap di depan komputer riba saya.Di luar hujan renyai-renyai.Dalam keadaan amat mengantuk itu saya tiba-tiba teringatkan satu peristiwa yang menyentuh hati saya ketika lawatan ke Thailand 2 tahun lepas.Suasana sejuk subuh itu mengingatkan apa yang saya rasai di sebuah tanah perkuburan di Thailand.

Dua tahun yang begitu memenatkan.Dua tahun setelah pengembaraan saya ke Eropah.Minat saya terhadap sejarah Melayu memungkinkan segala-galanya.Kehadiran saya dalam satu seminar sejarah di sebuah universiti luar negara menarik minat sekumpulan think tank negara yang bergerak secara persendirian.Ada sesuatu yang saya miliki yang membuatkan mereka mendekati saya.

Sejarah Malay city-states adalah penuh misteri.Dari negarakota-negarakota Melayu inilah munculnya 9 negeri-negeri Melayu di dalam Malaysia pada hari ini yang mempunyai raja masing-masing.Negarakota-negarakota Melayu inilah nenek moyang kepada semua negeri-negeri Melayu ini.Dalam catatan Khmer ia disebut sebagai 'Malayang' yang bermaksud 'negeri Malayu'.Sehingga ada direkodkan bahawa raja Angkor pernah berurusan dengan seorang pemerintah Malayang di kawasan yang dikenalpasti oleh pengkaji Kemboja sebagai Battambang pada hari ini.Dari sekian banyak 'Malayang' ini yang bertaburan dari Singapura,semenanjung hingga ke Segenting Kra menembusi Thailand dan Kemboja pada hari ini,kini tinggal 9 negeri dan 1 negeri yang kini menjadi Negara Brunei Darussalam,mempunyai kedaulatannya sendiri.Saya belum menulis tentang negeri-negeri Melayu di Kepulauan Indonesia,terutamanya di Sumatera.Maka dari sekian banyak warisan Malay city-states ini,hanya 10 negeri yang benar-benar berkuasa mewarisi kedaulatan empayar dapunta dan maharaja sejak kira-kira 2000 tahun yang silam.

Sistem beraja Melayu adalah antara yang paling tua dengan Kesultanan Kedah antara kesultanan tertua di dunia.Kita di Malaysia mungkin tidak tahu menahu tentang adakah orang Melayu pernah menjalankan perdagangan maritim pada abad pertama Masehi,namun rekod tentang aktiviti kita pada masa lampau memang 'meriah' di luar negara.Terutamanya dalam rekod-rekod imperial China.Raja-raja Melayu purba bijak menghantar duta-duta ke negara China,dengan pengetahuan bahawa di istana China memang terdapat tukang tulis yang akan merekodkan aktiviti istana dan akan disambung walaupun berpindah dari dinasti ke dinasti.Jadi tindakan ini bukan sebagai tanda mereka lemah atau tanda sebuah penyerahan (submission) tetapi cara untuk merekodkan kewujudan mereka,kewujudan tamadun Melayu,kewujudan keturunan kita di masa lampau supaya generasi Melayu era nuklear dan teknologi maklumat pada hari ini tidak berasa rendah diri malah bersemangat untuk terus maju ke depan.

Siapa yang tahu tentang kesahihan kerajaan Langkasuka?Nama Langkasuka memang popular dalam kesusasteraan Melayu (Hikayat Merong Mahawangsa contohnya) dan Jawa (Kakawin Negarakertagama),namun orang yang dungu dan pesimis di kalangan kita menganggap Langkasuka adalah dongeng atau kerajaan khayalan.Namun apabila ditemui dalam rekod era Dinasti Liang (abad ke-6) Masehi yang mengatakan terdapat sebuah kerajaan bernama 'Lang-ya-xiu' terletak di semenanjung,maka nama Langkasuka tadi yang tercatat dalam hikayat-hikayat Melayu tiba-tiba menjadi sensasi dan trivia!

Malah dalam rekod Dinasti Liang tadi mengatakan bahawa kerajaan purba ini telah wujud sejak abad pertama Masehi lagi!

Bila ada anak-anak Melayu yang buta sejarah (saya lebih maksudkan mereka yang berpelajaran,ada yang menjadi pemimpin politik) mempertikaikan sejarah bangsa mereka sendiri,adakah mereka akan percaya apabila saya suakan hikayat-hikayat Melayu sebagai bukti kewujudan kerajaan-kerajaan Melayu silam?Sudah tentu tidak.Pendidikan luar negara mereka mengatakan bangsa mereka sebagai 'barbarian' dan 'uncivilized'.Mereka pula mengatakan sejarah Melayu adalah mitos dan dongeng.Namun apabila saya ketuk kepala-kepala mereka dengan rekod-rekod imperial China ini seperti Book of Song,Book of Liang,Book of Wei,Book of Sui dan lagi dan lagi maka adakah mereka akan tersedar?Adakah mahu saya hentak kepala mereka dengan batu-batu bersurat atau prasasti itu?Mahukah saya rebus semua catatan-catatan pengembara China seperti Chi Tu Gou Ji,Chan Chun,Pei Su dan Chao Ju Kua kemudian memaksa semua 'cendekiawan-cendekiawan' (atau cendawan) ini menelan air rebusan tadi panas-panas??

Kebodohan sesetengah dari kita adalah kerana terlalu selesa menjadi pekak,bodoh dan bisu di dalam tempurung yang dibuat khas ketika era kolonial untuk kita.Tak kiralah kita berpendidikan dalam atau luar negara,namun kalau sudah terjajah pemikiran,maka yang keluar dari mulut dan tangan yang menaip adalah ekspresi minda yang terjajah dan terkongkong dengan 'inferiority complex'.

Salah satu ciri pemikiran terjajah ialah sibuk mengaitkan Hang Tuah dengan orang Cina,mengaitkan orang Melayu berasal dari India dan Yunnan di China dan mengatakan bahasa Melayu berasal dari Sanskrit.

Bahasa Inggeris yang pekat dengan istilah Jerman Kuno dan mempunyai hubungan dengan Sanskrit tidak pula sibuk-sibuk dikatakan berasal dari Sanskrit.Pernah tak belajar lingustik tentang kelompok bahasa yang dinamakan Indo-European?Kalau anda belajar tentang kelompok bahasa ini anda mungkin terkejut apabila mengetahui bahawa bahasa-bahasa Eropah mempunyai kaitan dengan bahasa Sanskrit.Rekod pertama tentang kaitan antara Sanskrit dengan bahasa-bahasa Eropah ialah catatan Filippo Sassetti,seorang pedagang Itali yang mengatakan terdapat banyak perkataan Sanskrit yang punya perkaitan dengan bahasa Itali seperti deva/dio (God),sarpa/serpe (serpent), sapta/sette (seven).

Kita ambil contoh perkataan ibu dalam bahasa Inggeris ialah 'mother'.Old English disebut 'modor'.Dalam Sanskrit disebut sebagai 'mater',bahasa Iran disebut 'matar' manakala bahasa Celtic disebut 'mathir'.What the hell of this?

Sebab itu bahasa Inggeris dikelompokkan dalam satu kategori linguistik yang sama dengan Sanskrit.Ini BARULAH BETUL dikatakan English berasal dari Sanskrit atau Sanskrit berasal dari English.TETAPI BAHASA MELAYU BERADA DALAM KELASNYA YANG TERSENDIRI.Bahasa Melayu berada dalam kelompok Malayo-Polynesia dan berada dalam kelompok besar Austronesia apabila ditemui bahasa pribumi Taiwan mirip bahasa-bahasa Nusantara.

Pengaruh Sanskrit dalam bahasa Melayu adalah kerana interaksi antarabangsa BUKAN kerana bahasa Melayu berasal dari Sanskrit.Anda mungkin terkejut bukan sahaja terdapat pengaruh bahasa Sanskrit malah istilah Phoenicia,Ibrani (ancient Hebrew) dan Mesir Kuno (ancient Egypt) masih tertinggal dalam bahasa Melayu!

Ini bermaksud terdapat interaksi antarabangsa antara bangsa Melayu dengan bangsa-bangsa purba di dunia.Di antara istilah-istilah pengaruh asing ini terdapat istilah-istilah yang bukan berasal dari mana-mana namun mempunyai keunikan dan keasliannya yang tersendiri.Dan ini meletakkan kelas bahasa Melayu dalam kelompoknya yang sendiri,dari Madagaskar hingga Polynesia.

"Siti,saya ingin nyatakan kepada kamu,apa yang kamu lihat nanti adalah rahsia negara saya.Kamu boleh tulis sedikit tentangnya,tetapi bukan semua," Pong berkata saya ketika saya di depan bangunan Kementerian Pertahanan Thailand 2 tahun yang lalu.




Saya mengangguk perlahan,sambil merenung ke arah Phaya Tani (Seri Patani),sebuah meriam besar peninggalan kerajaan Patani.Tanpa saya sedari saya melangkah meninggalkan Pong dan menuju ke arah meriam besar itu.Saya mengusap-ngusap meriam besar itu.Tiba-tiba saya merasakan seolah-olah saya sebagai seorang pemerintah sebuah kerajaan.Sebagai Yang Mulia Ratu Biru.Saya merasakan saya sedang memeriksa meriam besar itu yang dibuat atas arahan saya untuk menghadapi ancaman luar.Ah,ini pengaruh filem Queens of Langkasuka,detik hati kecil saya.Air mata saya menitis.

"Siti!Mari...kita masuk ke dalam..." Pong memanggil saya.

Di dalam bangunan Kementerian Pertahanan Thailand,saya ditanya beberapa soalan.Adakalanya saya di'backup' oleh Pong yang akan menerangkan secara terperinci dalam bahasa Thai jika pegawai yang menemuduga saya tidak berpuashati.Kemudian saya dan Pong pun dijemput menaiki sebuah kenderaan pacuan 4 roda yang bercermin gelap.Bayangkan adakah saya selesa sebagai seorang gadis Melayu bersama-sama lelaki-lelaki Thai yang sudah pasti tidak saya percayai (walaupun saya kenal Pong,namun dia itu pun 'bermasalah') di dalam kenderaan bercermin gelap?Akhirnya saya menaiki kenderaan itu bersama seorang pegawai wanita (setelah dimohon,dan di'backup' oleh Pong).

Anda tahu ke mana saya akan dibawa?

Saya akan dibawa melawat satu tapak makam diraja berusia kira-kira 700 tahun.Makam diraja purba itu digazetkan sebagai pemakaman raja-raja kerabat Sukhotai dan Lavo,namun Pong berbisik kepada saya bahawa dia sangsi melihat beberapa batu nisan makan yang berbentuk teratai dan tulisan kuno yang menyatakan perkara sebaliknya.Saya berfikir,kenapa tiba-tiba keluar perkataan Sukhotai?Itu kerajaan di utara.Lavo?Itu kerajaan di tengah Thailand.Kalau disebut Ayutthaya saya boleh terima lagi.

Kenderaan pacuan 4roda itu merentas kawasan pedalaman di selatan Thai,tepatnya di Surat Thani Province.Bergegar-gegar kenderaan itu merempuh jalan yang berbukit-bukit.Namun saya tidak tahu berada di mana.Cermin gelap menghalang pemandangan,manakala saya diberikan tempat duduk di tepi pintu kereta dengan pegawai wanita di tengah dan Pong di hujung sebelah lagi.

Saya teringatkan kata-kata Pong,pemuda Thailand yang pernah menyimpan perasaan terhadap saya,"Siti,apa yang saya lihat di dalam arkib negara saya amat mengejutkan.Apabila saya membaca sebahagian manuskrip,saya asyik teringatkan wajah kamu.Tak tahu kenapa".

"Saya telah dibawa melihat satu makam diraja yang amat cantik.Ia terletak sepi di dalam hutan rimba.Pada mulanya saya tidak perasan apa-apa yang luarbiasa,namun saya terjumpa satu batu nisan yang ditulis dalam tulisan Cham atau Mon Kuno yang membuat saya bertambah rindu kepada kamu".

Saya bertanya,"Jadi makam siapakah itu?"

Pong tersenyum penuh muslihat,"Mari bersama saya,saya akan tunjukkan sesuatu..."

Saya menerima pelawaan Pong ketika program pertukaran pelajar sebuah universiti di Bangkok.Ketika itu Pong telah menjadi pegawai pelatih di salah sebuah arkib negaranya.Saya terus menghubunginya sebaik sahaja tiba di Bangkok.

Ketika di perjalanan,saya perasan suasana semakin gelap dan sejuk.Tiba-tiba saya berasa seram.Pong bertanya sesuatu kepada pegawai wanita.Kemudian Pong berkata perlahan,"cuaca mendung".Saya merasa hairan.Bagaimana Pong boleh perasan apa yang saya rasa.Mungkin dia perasan saya semakin memeluk tubuh menahan sejuk.Ah,mata keranjang.Rupanya dia senyap-senyap memerhatikan saya.Kenapa dia tidak memerhatikan sahaja pegawai wanita disebelahnya.

Setelah perjalanan yang amat memenatkan dengan hanya berhenti rehat sebanyak 3 kali,akhirnya saya sampai di destinasi.Ketika pintu dibuka,saya melihat satu pintu gerbang yang amat tua;tiangnya sudah kehitam-hitaman diseputi lumut dan daki.Dekorasi pintu gerbang itu kelihatan campuran Thai dan Khmer;ya sudah pasti berasal dari gaya Melayu Segenting Kra (Isthmian Malay).

Pong berbisik,"mengikut sejarah tempatan,pintu gerbang ini dibina pada abad ke-16,oleh seorang Lord di daerah ini atas arahan raja Ayutthaya...mari,kita masuk ke dalam.."


Saya dan Pong merentasi pintu gerbang dan berjalan melintasi pohon-pohon rimbun.Namun latarbelakangnya hutan rimba yang gelap menakutkan saya.Macam dalam filem-filem bergenre noir atau melancholic.Saya akhirnya melihat makam pertama dengan hiasan binaan di atas makam yang kaya dengan seni pertukangan ukiran batu yang halus.Saya meneliti makam aneh tersebut.Mungkin pemiliknya adalah raja atau bangsawan yang dihormati.Binaan itu dengan keadaan permukaannya dari batu granit gunung yang dipotong,diselamuti daki dan lumut yang berselupar di celah-celah ukiran menyebabkan seolah-olah ukiran gaya Gothic dan Elizabethan di Eropah yang penuh misteri.

"Selamat datang ke makam diraja Grahi!" Pong tiba-tiba berkata.Saya menoleh ke arah Pong.Apakah benar kata-katanya?

Saya memandang Pong,"Benarkah kata-katamu itu,Pong?Dari mana kamu tahu?"

Pong tersenyum melihat wajah ingin tahu saya."Dari batu nisan merah di hujung sana...ada mencatatkan rahsia yang amat penting tentang tempat ini.Sebab itu tempat ini tidak ada dalam kalendar pelancongan negara saya.Sebab itu juga,kamu tidak dibenarkan untuk mengetahui jalan ke tempat ini".

Saya berjalan di celah-celah kuburan sepi.Batu nisan semua kuburan ini begitu aneh,ada yang berbentuk stupa Buddha dan patung-patung.Ada yang berbentuk batu empat segi dengan tulisan Siam di atasnya.

"Kesemua pemilik batu-batu nisan di kawasan ini adalah penganut Buddha.Batu nisan paling awal dipercayai berusia abad ke 12 Masehi.Tetapi saya mengesan batu nisan bukan penganut Buddha di tempat lain," Pong menjelaskan.

Saya memerhatikan nisan merah yang dikatakan menyimpan rahsia besar.Ukirannya sederhana,macam ukiran kelopak bunga yang terdapat di tembok pintu Bantey Srei di Kemboja.Ukiran bunga seroja yang tengah kembang.Suasana sekeliling semakin gelap,ditengah kesamaran cahaya mentari pagi.Kawasan lereng tanah tinggi itu diselimuti kedinginan dan kabus.

Saya mengusap tulisan pada batu nisan.Ini tulisan Kawi Kuno,detik hati saya."Ada usaha penterjemahan?" saya bertanya.

Pong seperti biasa tersenyum penuh muslihat.

Saya memandang batu nisan merah itu kembali.Saya cuba menafsir apakah tulisan itu mahu memberitahu.



Di sini bersemadi
empat belas keluarga
yang mati dibunuh
oleh puak utara
pada 15 haribulan tahun Saka 1221


Saya menoleh ke arah Pong.Saya membaca lagi tulisan Kawi itu,sambil menunggu kalau-kalau Pong mahu menterjemahkan untuk saya.Tapi Pong mendiamkan diri sambil pura-pura memerhatikan ukiran pada sebuah pondok batu.

"Pong!..." saya menjerit perlahan,memaksa Pong bersuara.

Saya menunggu dengan sabar.Saya seolah-olah mendengar Pong ketawa di dalam hatinya.


Dari pemegang keluarga Grahi dan Srimala
Empunya hak pada Sri Dharmaraja


Tiba-tiba saya merasa seram sejuk.Itulah suasana dingin yang aneh yang begitu menyentap perasaan saya.Apa yang saya ketahui tentang Sri Dharmaraja tercantum di sini.Jelas bahawa kerajaan Grahi yang disebut dalam riwayat imperial China sebagai Kio-lo-hi adalah kerajaan berkerabat dengan Tambralinga atau Sri Dharmaraja.


Ada beberapa tulisan lagi di bawahnya.Nampaknya Pong mengatakan 'makam diraja Grahi' berdasarkan tulisan pada batu nisan merah ini.Saya menoleh ke arah Pong.Pong masih buat tidak faham.Dia lebih suka melihat wajah saya dalam keadaan ingin tahu dan tertekan.

"What?" Pong hampir mahu tergelak.

Saya masih merenung Pong dengan tajam.

"Ok..ok...yang seterusnya ialah rahsia sulit.Saya telah mengangkat sumpah di hadapan pegawai bahawa tidak mendedahkan beberapa perenggan.I'm sorry..."

Saya menjadi marah."Apa yang kerajaan kamu mahu sembunyikan?Apa yang raja kamu takut?Saya benar-benar hairan dengan negara kamu..."

"Err..bukan begitu Siti..." Pong tersengih-sengih.

"...kalau tidak apa?!Beratus tahun kerajaan kamu memusnahkan bukti,menyembunyikan dan memutarbelit sejarah.Kamu boleh memupuskan orang Mon dari mukabumi dan memutarbelit sejarah Angkor dan Khmer tetapi bukan kami,faham!" saya separuh menjerit.

Pong memandang sekeliling dengan perasaan bimbang."Jangan bising Cik Siti....nanti pegawai tentera akan menahan kita.Saya bertanggungjawab atas keselamatan kamu di sini sebab saya yang bawa kamu ke sini.Jangan susahkan saya,lebih-lebih lagi diri Siti sendiri..."

Mendung berarak lesu.Puncak gunung diselimuti kabus.Suasana semakin gelap.Nisan-nisan kaku dan patung-patung aneh nampak begitu gothic dan menyeramkan.

"Beritahu saya kubur-kubur orang Islam tu!" saya separuh mengugut.Saya terpaksa kerana serik dengan perangai Pong yang suka bermain-main.

"...Massaman graves?Mana ada?Ini semua perkuburan penganut Buddha.." Pong berdolak-dalik.

"Saya tahu...sebab kamu ada terlepas cakap,ada kubur bukan penganut Buddha di sini.."

"Oh ya...tapi tak semestinya Muslim kan?" Pong tersengih-sengih mengejek.

"Takkanlah orang Kristian!!" saya menjerit geram.

Saya sudah berasa bosan dengan Pong.Hujan mula rintik-rintik,menitis ke permukaan tiang tua yang berukiran aneh.Saya pun berlari menuju ke satu arah.Pong menjerit mahu menahan saya.Dia mengejar saya.Kemudian dia berhenti apabila melihat saya duduk bersimpuh di atas sebuah kawasan perkuburan yang terasing.Kesemuanya terdapat kira-kira 10 buah kubur dengan batu nisan berukiran sederhana.Terdapat beberapa kubur yang mempunyai rekabentuk batu nisan Aceh.Saya merenung batu nisan itu,yang masih bertulisan Kawi atau Cham.

"Ini yang kamu semua mahu sembunyikan...." saya mengeluh perlahan.

"Tempat ini dibina oleh Raja Siam dari abad ke 16 hingga ke 18.Dipercayai raja Siam yang memulakan tradisi ini mendapat galakan dari salah seorang gundiknya yang berasal dari selatan Thai.Itu yang saya tahu Siti...selebihnya...." Pong berhenti di situ.

"...siapa mereka di bawah ini...adakah mereka dibunuh?Kenapa mereka dibunuh?" saya mengomel sendirian sambil bersimpuh di atas tanah kubur tanpa memandang Pong yang berdiri menghadap saya.

"Mereka mungkin kerabat diraja Grahi yang memeluk Islam atau rakyat Patani..."

Saya menangis tersedu-sedu di depan batu nisan.

"Kita tidak boleh berbuat apa-apa...sejarah ditulis oleh mereka yang menang..."

Saya tiba-tiba berdiri dan menghadap Pong.Pong begitu terkejut dan panik dengan keadaan saya.Saya memandang wajah Pong dengan penuh dendam.Saya melangkah ke depan,dan Pong serta-merta bergerak ke belakang dengan riak muka ketakutan.

"Hei Siti,wajah awak macam Megan Fox dalam Jennifer's Body..." Pong cuba untuk ketawa.

Malam itu kawasan pergunungan benar-benar sepi.Keadaan menjadi semakin dingin.Darah di bawah makam sudah lama kering beribu-ribu tahun dahulu.Tiada lagi kabus malam.Kegelapan adalah syaitan yang menghisap darah si pengecut.

Apabila saya merenung ke luar tingkap dalam subuh pagi yang dingin semalam,saya melihat rintik-rintik hujan;mengingatkan saya pada air yang membasahi ukiran pada dinding tiang.Ukiran itu penuh motif bunga-bungaan.Bunga Melur dan Bunga Kemboja.

Apabila saya membaca komen yang menghina dan memakihamun saya semata-mata saya berkeras mempertahankan sejarah,saya kembali berasa sedih.Walaupun di alam maya saya membalas komen dengan tegas dan agak kasar,namun sebagai wanita perasaan saya begitu halus.Air mata saya menitis.Bagaimana saya mahu menyelamatkan bangsa ini dari pupus dan hilang tanahair.Agama akan menyatukan mereka.Sejarah akan memotivasikan mereka.



* * * * * * * * *



Nama saya Srikandi.Bangsa saya ialah Melayu.Asal bangsa saya ialah Nabi Adam a.s,manusia pertama.Agama saya ialah Islam.Rumah kaum kerabat saya ialah dari Pasifik,merentasi Asia Tenggara hingga Madagaskar,pantai timur Afrika.Saya pribumi Asia Tenggara.Saya bukan berasal dari Yunnan,Taiwan,India atau dari mana-mana.Asal-usul saya di sini,Asia Tenggara.

Telahku semahkan darah pada batu bersurat,telahku perahkan limau pada keris wasiat.Sampai masa aku bangkit untuk berjuang.Ku pertahankan bangsa atas nama agama.Sebab wujud bangsaku kerna membela agama.Bukan sebab bangga aku membela bangsa.Bukan sebab dunia aku membela bangsa.Sebab hakikat kebenaran yang diminta.Sebab kasihkan agama.
















~Srikandi

Alter Terahsia Bangsa Melayu
Catatan Srikandi



....goodbye for a while I love u all... 

44 comments:

Bahasa Makngah said...
teruskan usaha murnimu........
Anonymous said...
assalamualaikum, teruskanlah siti menulis tentang bangsa kita. hari ini sudah semakin ramai sedar akan ceritera bangsa kita. teruskanlah jangan berputus asa kerna kami semu senantiasa mendoakan supaya dirimu tetap sejahtera dan berjaya. inSyaAllah. dari sitimai
Man Tangan Besi said...
Seri telah berkata; "ini adalah artikel terakhir Srikandi sebelum penutupan MistisFiles hingga pada masa yang tidak diketahui." Waduh... jangan Seri, tulislah lagi dan lagi atau terbitkan Sebuah Novel dan juga sebuah kajian. Seri memang dilahirkan untuk membongkar sejarah Bangsa Melayu, tiada yang lain... Melayu lain dilahirkan untuk menjahanamkan Kedaulatan Bangsa ini. Mereka syuk sendiri berpolitik mencari undi untuk terus berkuasa. Man Tangan Besi
Anonymous said...
Salam begitu ternanti2 kan akan kesinambungan artikel2 saudari. begitu teruja pertama kali terjumpa blog ini..hasilnya saya telah habiskan membaca kesemua artikel dalam blog ini dalam masa sebulan. teruskan usaha murni anda..!!
Anonymous said...
As'salam Siti Semuga Allah kukuhkan kaki dan pendirian Siti
Saufie Hadi JR said...
assalammualaikum siti.... kamu harus tabah....cari alternatif lain untuk menyebarkan kebenaran sejarah kita...kita perlu buka perjuangan kita ni.sebagai contoh,kita perlu wujudkan perjumpaan terbuka...saya amat sedih dengan perjuangan sendirian siti.ramai melayu lain yang ingin bersama dlm perjuangan ini...fikir2kanlah......kita perlu sedikit terbuka dlm berjuang .agar mereka faham perjuangan ini amat penting untuk masa depan kita...:melayu....
DiRaja said...
Soalan Pertama: Maksud diari Seri, "catatan terakhir" itu merujuk kepada Promo ATBM 4.0 Deluxe "The Origin of The Sea Dragon ke? Adakah promo itu akan dikeluarkan di blog ini atau masih di MF sebelum MF tutup? Soalan Cepumas: Tahun 2012 hampir menjelang, Seri bila lagi nak melangsungkan? :p M_M
Srikandi said...
Terimakasih Makngah,sitimai,man tangan besi dan yang lain kerana bertandang. Saufie,saya tidak bersendirian,anda semua adalah pembantu saya,apabila anda semua membaca artikel-artikel saya dan bangkit dengan penuh semangat,anda semua telah membantu saya. DiRaja, Saya akan keluarkann promo sebagai clue,artikel sebenar mungkin akan keluar pertengahan atau hujung tahun hadapan.Tetapi tak tahu lah kalau ada surprise. Jawapan soalan cepumas:Saya masih muda...kita enjoy dulu! :D ~Srikandi
DiRaja said...
Ha3. Jika 26 tahun dan ke atas, bukan lagi dilihat sebagai "pucuk muda". Cuma, jangan sampai terlambat. Sebab "berdarah biru" ni selalunya "berat" dan "lambat" jodohnya. Apatah lagi tahun 2012 semakin menjelang.(Sri faham bukan maksud saya ni?) M_M
Srikandi said...
Hai...main teka je.Macam mana boleh keluar umur 26 tu?nak tahu gak. ~Srikandi
Anonymous said...
cara menulis cik sri memang gaya org muda...gaya org byk baca novel muda mudi...
sonik said...
sejahtera, terima kasih atas usahamu memberi sedikit cahaya pada bangsa kau dan aku yang kian pupus dibaham materi barat dan politik-politik percuma. sedikit sebanyak memberi sedikit warna untuk pudar pandangan aku pada bangsa kian suram ini. bukan bidang aku untuk mengkaji, tapi jika berpeluang aku mahu juga turut menelusuri bersama taman-taman gemilang yang indah binaan moyang kita dahulu. supaya aku tak rasa jauh dari asal usul aku. teruskan usahamu. aku akan cuba mengekori. sampai akhir. jika itu kehendak-Nya. sonik
Mistis Organization said...
Berdarah biru?Kenapa berdarah biru 'lambat' dan 'berat'?Tak paham...tak paham. ^-^ Sonik dan lain-lain,thanks.. ~Srikandi
Bendahara said...
Assalamualaikum Kak Sri. Rasanya ini kali kedua saya menulis komen di sini. Terima kasih di atas catatan di atas. Kitaorang yang baca ni pun dah rasa sebak mengenangkan sejarah yang digelapkan, inikan pula Kak Sri sendiri yang pegi tengok sendiri kubur-kubur lama tu. Tabah dan kuatkan semangat ye, kak Sri! Di sini saya ada soalan mengenai piramid, tamadun mesir dll. Harap Kak Sri boleh tolong jawab: 1. Mengikut catatan sebelum ni, Kak Sri cakap yang piramid dibina lebih awal daripada yang dijangkakan. Adakah ini bermaksud yang Raja Sneferu, Raja Khufu dan lain2 dianggap sebagai pembina piramid sebenarnya hanya membaiki yang sedia ada? 2. Kalau ya, adakah pembinanya pada dinasti pertama iaitu era Raja Narmer/Menes yang juga merupakan firaun pertama menyatukan kedua2 mesir atas dan bawah? Ataupun ianya dibina lebih awal sebelum itu?(mungkin 10,000 tahun sebelum masihi?) 3. Dan adakah Raja Narmer itu sebenarnya Horus yang diagung2kan oleh dinasti terkemudian? Memandangkan saya telah membaca mengenai Horus yang bejaya mencantunkan kedua2 mesir atas dan bawah dalam satu pemerintahan sama seperti Raja Narmer yang terkenal disebabkan perkara yang sama. Dan juga masa pemerintahannya, rakyat hidup dengan aman dan kebajikan sangat terjaga. Ada banyak lagi yang akan saya tanya. Tapi cukup la dulu kot, sbb saya pun tak habis baca lagi 'The Ancient Book of The Dead' serta legenda dewa-dewa mesir, atlantis dan legenda darah naga. ^___^ ~Bendahara~
Anonymous said...
salam, cik sri nak tny 1. pasal makhluk yeti? boleh bg apa2 info ke? dulu sekitar msia ni top cerita pasal bigfoot.. adakah ini yeti? 2. ini cuma andaian, sekiranya benar yg benua asia tenggara ini tapak kepada negara atlantas, adakah mungkin kapal nabi Nuh a.s di bina di atas gunung kinabalu? 3. memandangkn MF nk ttp, jd blog ni la yg akan jd pengganti MF.. jgn blog ni ttp plak.. walau apapun yg terjadi, kitaorg ttp sokong tulisan cik seri.. sang mata hari2 mau..
Anonymous said...
Bukit Singa di Sungai Siput berbentuk seperti piramid. Lihat link video ini : http://www.youtube.com/watch?v=1dO_oicFqJg
DiRaja said...
26 tahun? Dari suara hati saya... dan bukan dari "Mata Ketiga" seperti yang "dianugerahkan" kepada Seri. Darah biru berat dan lambat? Rujuk artikel Seri, Catatan Srikandi VI. Apa yang saya bakal tulis dibawah hanyalah gabungan suara hati saya dengan ilmu hidup saya sepanjang ini. Silapnya, kurangnya adalah kelemahan saya sendiri. Selebihnya, Allah Maha Mengetahui. Jika dilihat teliti catatan tersebut, Seri berdarah biru. Asal darah biru Seri jelasnya daripada Mayang Mengurai. Sebelah Ngah Jabor, saya tidak jelas. Samada Seri berdarah biru penuh atau separuh, yang jelasnya dari sebelah ibu. Apa yang Seri hadapi sehingga pengsan, demam, sakit dan segala macam "penderitaan fizikal" yang tidak dicatatkan, adalah "akibat" mewarisi darah biru tersebut. Darah biru itu anugerah. Pilihan Tuhan. Ketetapan Tuhan. Disatu sisi sebagai hadiah, disatu sisi sebagai dugaan iman. Apabila dipilih beserta hadiah darah biru, ujian hidup Seri biasanya tidak akan sama seperti manusia lain, amnya. Bagi seorang berdarah biru, ujian hidupnya mencabar. Tetapi yang jauh lebih dahsyat adalah berdarah Rasulullah. Tujuan ujian itu adalah untuk membentuk manusia yang dihadiahi itu menjadi manusia istimewa. Biasanya darah biru Melayu beserta "sesuatu". Dengan sesuatu itu, Melayu berdarah biru layak berkedudukan "di atas". Sebab itu Raja Melayu bukan sekadar merajai Melayu Rakyat dan alam nyata bahkan "Melayu" di alam sebalik. Melalui catatan tersebut juga, saya "pasti" Seri berhadapan dengan isu rasi jodoh sehingga kini. Apabila diisitimewakan, pasangan juga hendaklah istimewa. Itulah keadilan Tuhan. Inilah yang menyebabkan "berat" dan "lambat". Istimewa. Saya hanya boleh memberi jalan untuk mengubati Seri supaya "sesuatu yang diwarisi" Seri itu ditarik keluar dari Seri. Sebabnya, "sesuatu itu" biasanya tidak serasi dengan Islam. Itu yang terjadi di Maahad. Kaedahnya adalah "Mandi Adat". Khusus untuk "berdarah biru". Apatah lagi yang melekat dengan "sesuatu", warisan ratusan malahan ribuan tahun dari nenek moyang pedarah-pedarah biru. Cubalah berhubung menerusi nombor telefon ini: 019-2560979. Namanya Makcik Ros. Ini pula nombor saya: 013-3305582, jika perlu info lebih lanjut. Akhirnya, saya berdoa supaya Seri sembuh zahir dan batin dan dipermudahkan jodoh hendaknya. M_M
Anonymous said...
salam, srikandi, apakah masih ada keturunan/waris yg tulen dari grahi/ srimala, sri dharmaraja ketika ini di malaysia ini? tq babanjaraditya #m.o. dah komen tontang 'bocinto' di emel MF lerai nang biru, ngalir nang hijau, tenang, insyaAllah
Engkuhs said...
hihi... kene mara suda... tataw..tataw... kite tukang perati jew....hihih
couverv said...
macam2 rahsia la korang ni, kena kencing je, haha
Faiz Merican said...
Assalamualaikum cik sri... nak tanya sikit ni pasal wan empuk & wan malini..ada tak sumber lain tentang dua tokoh ni selain dari sejarah melayu..? sebab mak saya cakap dia dari keturunan salah sorg dari diorg ni.jadi nak tau la juga asal usul family saya ni..nk pegi bukit seguntang susah la sket..hehe.. :p lagi satu soalan...kenapa info ttg matahari bahaya utk didedahkan ? ada effect apa2 ke pada kerajaan sekarang ? sekian, wassalam.. (^_^)
yeop said...
assalamualaikum wbt cik srikandi... guten tag...satu persoalan nak tanya yerk... apalah agak nya yang ada dlm piramid di mesir tu yer... mesti ada banyak rahsia, dan udara di dalam nya pun mungkin berbahaya... tu belum kira lagi piramid di jepun dan di kawasan asia tenggara nih..... walau apa pon, saya sgt2 menghargai usaha cik sri selama beberapa tahun nih.... mana tau, kita mungkin berjumpa secara manual di mana2 setelah perjumpaan di alam maya nie ( secara sistem ) insyaAllah..... k lah cik sri... sy doa kan hanya yg terbaik utk cik srikandi.... jumpa lagi... aufwiedersehen... chooz :)
Anonymous said...
perkara asas rujuklah Al Qur'an fahami bahawa semua manusia diajar melalui perantaraan kalam. bahawa tulisan manusia hari ini tak sama dari segi kaedah penulisan dan medium penulisan. mungkin sahaja binaan ini mempunyai ilmu tentang cara mudah untuk mengingati/memahami sesuatu terutama mengenai ALLAH dan kaitan dengannya. Taurat dan kitab terdahulu boleh diseleweng apalah sangat dengan kitab penulisan yang lebih lama dan kaedah penulisan yang jauh berbeza. rujuk surah Saba' ayat 13 bagaimana Nabi Sulaiman menceritakan agama sehingga bangsa Israil dengan perangai buruk sangka mengatakan bahawa beliau mengamalkan sihir... hanyalah dari insan yang disekat memberi pandangan. ahazeman
Anonymous said...
salam.Saya ada jumpa satu 'cop mohor' di pantai merdeka 11 tahun lepas.Nampak lama.Boleh bagi email cik kepada saya di kocokoboyo@yahoo.com.Saya nak emailkan gambar tersebut.Salam.
Anonymous said...
jangan enjoy sangat ye cikseri.. :) kalau boleh takyah la enjoy-enjoy ni. (tau yang cikseri ni bukan la suka enjoy-enjoy ni) DiRaja, rasanya saya cikseri tidak menerima apa-apa yg berkaitan dengan asal-usulnya, wallahu'alam. kerana didalam catitan beliau telah menyatakan bahawa beliau menolak. jadi, tidak timbul istilah beliau memiliki "sesuatu". ilmu nenek-moyang kita memang tinggi tingkatannya, tanpa memilikinya jikalau telah "dipagar" oleh nenek-moyang agar cucu-cicit beroleh perlindungan, makanya tanpa sedar ada pelindungnya. tetapi, bukanlah ianya berkuasa kerana segala yang empunya kuasa tetaplah berkuasa keatas segala sesuatu. saya ni bukanlah tinggi sangat ilmu pengetahuan, jadi salah-silap saya minta maaf. siap bagi telefon no. lagi... boleh saya telefon DiRaja? (saya bergurau sahaja DiRaja). tetapi saudara DiRaja memang mempunyai pengetahuan, insyaAllah suatu hari nanti saya akan berhubung dengan saudara DiRaja. kepada yang jumpa "cop mohor", ada baiknya anda menyerahkan "cop mohor" tersebut kepada pihak muzium negeri anda, ataupun muzium negara. (mungkin juga anda akan beroleh pampasan jikalau ianya suatu penemuan yang berharga, dan nama anda akan terpalit dikenyataan 'relic' yang anda temui) wassalam.
Engkuhs said...
This post has been removed by the author.
TheSniper said...
amat menambah pengetahuan
Anonymous said...
salam.. MF jer kata nk break.. Cik Seri jgn la break gak menunggu artikel terbaru.. Tq :D
staff said...
Harap letak saya juga dalam senarai invited readers MO. Link yang dulu dah tak boleh pakai. TQ bebanyak ye. Satu lagi, saya rasa puzzle sejarah Melayu ada tersembunyi dalam hikayat dan cerita2 rakyat negara kita. Selain tu ada juga mentera yang digunakan oleh bomoh angin untuk membangkit semangat pesakit. Isi mentera 2 mcm jalan cerita pun ada juga (byk sebut nama Nik & Jawa). Kalau nak kaji kena cari yg pandai cakap kelantan, sbb guna loghat Kelate yg pekat. Kat negeri Kelantan bnyak crita rakyat mengenai kehebatan raja2. Contoh HIkayat Dewa Muda (anak Raja Jawa dan Puteri Selindung Bulan), cerita 2 anak raja berdarah putih berebut tahta dan membina kerajaan selepas keluar merantau. Banyak lagi yang disampaikan secara lisan.
staff said...
Ni emel saya staff909@gmail.com
tersani said...
Mohon masukkan saya dalam senarai "invited readers MO".Pagi ini saya dah tidak boleh masuk ke MO. Saya adalah pengikut setia MO. E-mel :abrahman59@gmail.com
Fenomena Zaman said...
Sri Kandi. Kenapa tak boleh masuk blog MF? Ni emel saya : renman271@gmail.com Tolong masukkan saya ya. Terima kasih.
berjaya said...
salam...tolong jemput saya sekali..bosan takleh masuk mf ni..ni emel saya.. haziman87@gmail.com
Srikandi said...
Maaf semua,MistisFiles benar-benar tutup kepada awam mahupun kepada invited readers nya.Apa pun terima kasih kerana semangat anda ingin membaca. ~Srikandi
Insan Biasa said...
srikandi, nak tanye...mistifiles tu tutup selama2nye ke atau untuk satu tempoh jek...alamak dah x leh nak baca lagilah mistifiles...
Anonymous said...
selamanya kot... aku berminat dengan artikel2 pasal freemason dan rancangannya..sbb tu aku jupa blog MF... tapi dah lama xda artikel baru...walaupun banyak persoalan dan konspirasi dunia yg baru....dan ada perkaitan... blog melayu?
fanLy said...
errrrmmmm ﺍﻟﺴﻠﺎﻡ ﻋﻠﻴﻜﻢ ﻓﺎﺗﻮﺕ ﻟﺎ ﺗﺄﻟﻴﻪ ﻧﺄ ﺑﻮﻛﺄ ﺍﻭﺩﻩ ﺩﺗﻮﺗﻮﻑ ﺑﻠﻮﻏﺚ ﺍﻳﺶ ﺍﻳﺶ ﺍﻳﺶ
ZafranLubis said...
Salam Cik Seri, Dah banyak kali baca. Ni pertama kali meninggalkan komen. Penulisan yang membuka mata dan menaikkan semangat. Teruskan menulis, cik Seri. Biar kita semua sedar apa yang telah penjajah butakan mata kita. Bagaimana kepulauan nusantara yang kaya dengan kaum dan bangsa ini telah di 'Malaysianisasi' atau 'Indonesianisasi'.. Semoga terus berjuang dan diberkatiNya
Anonymous said...
Kisah dalam ni bercampur baur antara realiti dan fantasi ... sesekali baca macam novel dan cerpen majalah dewan pelajar pun ada ... apa pun tetap menarik ... mudah-mudahan sesetengah fakta mana yang bukan fantasi tu akan terungkai satu hari nanti .... cuma kepada pembaca janganlah terlampau taksub hingga masuk kepercayaan kurafat dan 'syok sendiri' dengan sejarah bangsa ... yang penting terus bekerja ... bangsa Mesir yang pernah ta'ajub dengan piramid pun sekarang dah jadi lintang pukang .... dan hindarkan juga dari taksub terhadap penulis sampai melambung pujian dan ampuannya ... --Crest Factor--
Anonymous said...
"LM" assalamualaikummm...cik siti.. Sy telah lm mengikuti siri ATBM ini.. Cm terdetik didalam hati satu hari dpt berjumpa cik siti...Dgn izin ALLAH SWT... Mmg terlalu byk rahsia misteri yg tersimpan dan rahsia2 akn keluar kepada yg jujur dan ikhlas.. sy ingin berkongsi satu pengalaman.. Masih sy ingt,ms usia kanak2 dan arwah onyang telah menunjukkan satu batu seperti (batu giling) empat segi mempunyai tulisan seperti tulisan simbol2 dan ada yg garis2 condong mungkin (Prasasti) tetapi kami sekeluarga tidak mngetahui mksudnya.. Dan melalui cerita onyang..batu ini muncul setelah beliau bermimpi bahawa sesuatu benda timbul keluar dari sawah belakang rumahnya.. dan pada keesokan harinya beliau terjut mendapati mimpi yg dialami benar2 terjadi lalu mengambil batu itu..sy merasakan mungkin ada sesuatu yg tersirat atau mesej yg ingin disampaikan..atau pun terdapat maklumat rahsia/penting pd batu itu.. Lokasi penemuan batu di Kg.Gajah Perak.. Sy amat berharap sngt dapat menemui/berkomunikasi cik siti..suatu hari nnti..terlalu banyk perkara yang ingin dikongsikan kpd cik siti.. E-mail sy: bumiz83@yahoo.com sekian..assalamualaikumm..
putri bahaman said...
Assalamualaikum Srikandi, Harap dapat sampaikan salam kepada M.O... Terima kasih atas pencerahan yang diberikan melalui artikel-artikel beliau dan Srikandi. Saya tak sempat nak print out utk simpanan peribadi, terus tak boleh accesss... Kami para pembaca faham M.O mahu berehat, tapi sudilah kiranya jika link mistisfiles itu terus dikekalkan utk bacaan umum walaupun tiada kemaskini terbaru. Dan Srikandi pun teruslah menulis. Untuk saya, dah terlambat nak menukar bidang, jadi pembacaan2 ini sekurang2nya dapat melepaskan rindu kepada apa yang sepatutnya saya buat dan di mana sepatutnya saya berada. Untuk M.O, bukalah link mistisfiles.blogspot.com semula... Pertama kali saya membaca,perasaan saya ialah, ya...inilah jawapan kepada apa yang saya cari... memang artikel2 tulisan saudara saudari berdua, tidaklah sempurna tetapi ia memberikan perspektif yang selama ini sengaja dikaburkan supaya kita leka dengan matrix yang fana ini... syukur dapat baca sebahagian artikel2 M.O terutama yang core part. saya dan pembaca lain menunggu kepulangan M.O ke arena dengan setia... jika ada jemputan utk invited reader,(mana tahu kalau M.O berubah fikiran)...jemputlah saya juga di putribahaman@gmail.com. sampai ketemu lagi...putribahaman.
yeop said...
ketaksuban + pujian yg melambung =/= ( tidak sama ) dgn penghargaan yg ikhlas.......... verstehe sie mich ?..... alles klar ? a + b =/= c .....
Anonymous said...
sebagai pembaca setia saya teringin membantu Sri dan kawan2 utk mengungkai misteri kehilangan sejarah bangsa kita. tapi apalah daya saya. namun apa yg boleh saya lakukan adalah memanjatkan doa kehadrat Ilahi semmoga perjuangan pencarian Sri dan kawan2 mengungkai misteri kehilangan sejarah bangsa Melayu dipermudahkan olehNya. dzoelhakim
yeop said...
batu-batu piramid kat mesir tu tak pernah buat salah dgn Allah,buat salah dgn sesama sendiri ( sesama batu ) dan juga buat salah dgn manusia dan jg dgn alam yg lain..... manusia jer yg suka dan selalu buat salah dgn Allah, dgn sesama manusia, buat salah dgn makhluk yg lain dlm kehidupan di dunia fana ini..... --- segala puji hanya kpd Allah, Tuhan sekalian alam ( surah al-fatihah,ayat ke-2 )... --- manusia yg disukai Allah adalah manusia yg panjang umur dan banyak jasa nya kpd manusia yg lain ( hadis nabi saw )... == yeop ==


0 comments: