Srikandi Timur

Srikandi Timur
Sehalus rasa,Sedalam Makna

"Jangan Lupa Komen Ye..."

Anda Boleh Menukar Fon Pada Blog Ini Untuk Keselesaan Semasa Membaca

05 January 2011

CLUBBING???NO,NO,NO...

              Melihat aku ramai yang x percaya kalau aku katakan aku ni bukanlah kaki clubbing..Teringat dolu2 bila kengkawan ajak g club,mati2an x percaya bila aku kata tak pernah jejak.Tak pasal2 aku diingat penipu..huhu.Kadang2 kita ni sering tertipu oleh dek penampilan.Belum tentu bila kita tengok sipolan ni mcm ni,watak dia pasti macam ni...

Senangkata,mata ni selalu menipu & selalu buat silap mata.Setuju x?
Nampak je sosial tapi club2 ni memang aku tak pernah jejak (.Eh!xdelah,bukan nak berlagak ustazah k,tapi aku tahu apa yang aku cari dalam hidup ni & clubbing tiada dalam list )

Bila kawan aku terasa malu..mungkinnnn (melalui reaksi & body language)..aku tak kata apa pun,tak perli & tidak mempersenda,dorang yang nak ada perasaan macam tu,aku tak cakap  apa pun,dorang yang tiba2 kata,"ala,kitorang bukan jahat pun,bukan nak wat apa pun,saje nak hilang stress,menari je"Hurmmmm aku cuma mampu tersenyum je.Siapalah aku nak judge & meletakkan hukuman pada orang.Itu semua kerja yang di Atas.& aku tak memerlukan apa2 penjelasan kerana aku tak tanya pun WHY dorang nak kesana..

           Syurga aku bukan di club tapi di rumah.Rumah lah tempat aku mencari ketenangan & muhasabah diri jika aku berada di jalan yang salah.Seringkali kedengaran orang merokok kerana stress,minum pun berbekalkan alasan yang sama apatah lagi bila ada kerosakan akhlak di kalangan remaja.Puncanya adalah STRES!Sebenarnya terpulang pada individu itu sendiri bagaimana nak menangani setiap tekanan yang datang.Pokok pangkalnya adalah hati.Jalan mana kita nak pilih.Jika tanya pada aku,rumahlah tempat aku hilangkan stress.Duduk bilik sorang2  tanpa ada gangguan & mula berfikir punca setiap permasalahan yang timbul.Kalau perlu menangis puas2.Semakin banyak kita menagis,semakin kita akan rasa tenang kerana setiap apa yang terpendam dalam hati,ikut keluar bersama airmata.Jadi,tidak keterlaluan jika aku katakan nangis itu adalah terapi jiwa & tidak memudaratkan pun malahan kita beroleh kebaikan.Tahu tak,menangis itu boleh mencuci mata,boleh buat mata kita bersih...jadi.....tak perlullah pakai eyemo ye.. ;-)

APA??CARA LAIN??LEBIH MUJARAB YE..

Mestilah ada .Iaitu ubat yang paling berkesan yang kita semua tahu kebenaran & kemujarabannya tapi seringkali tak pernah nak buat.Memang sangat berkesan jika kita ikhlas melakukannya tanpa ada paksaan iaitu wudhuk & solat.Wirid Asmaul Husna,Selawat Tafrijiyyah,Ayat Kursi & banyak lagi ayat2 al-Quran yang boleh buat kita tenang setenang2nya...tak percaya?cuba sendiri..

Sebenarnya mesej yang aku nak sampaikan simple je,untuk diri kita semua termasuk diri aku yang tak terkecuali ni...jangan menilai orang dari luaran k..kenal dulu hati budinya.Setiap manusia bagi aku adalah baik2 belaka ,tiada manusia jahat,yang jahat adalah syaitan yang dah menyesatkan manusia & manusia yang lemah pada godaan syaitan.Untuk kita semua,termasuk diri aku , bijak2 kan lah diri menangani stress.hehe