Srikandi Timur

Srikandi Timur
Sehalus rasa,Sedalam Makna

"Jangan Lupa Komen Ye..."

Anda Boleh Menukar Fon Pada Blog Ini Untuk Keselesaan Semasa Membaca

05 January 2011

Riang Ria Darjah 1

             Hari ini adalah hari pertama aku temankan emak untuk menghantar Mizal ke sekolah .Segak bergaya adik kesayangan aku ni dengan uniform sekolah yang serba baru & bersih.Sebelum ke sekolah,adalah menjadi perkara wajib bagi emak untuk memastikan perut Mizal kenyang.Tapi bukan emak yang menyuap,aku..!!Kalau ada aku di rumah,memang takkan ada orang lain yang mengurus Mizal kerana budak kecik tu memang tak suka kalau takde sentuhan kakak kesayangannya ini.Disebabkan aku tengah tidur,Mizal tak senang duduk.Dikacaunya aku dengan berbagai cara sehinggalah aku terpaksa bangun & melayan kerenahnya.Tension jugak lah time tu coz budak ni makan main-main..dah lah kita sakit-sakit badan,tak cukup tidur,jadi mood agak terganggu.Tak macam biasa ceria & sporting bila menghadap adik bongsu aku ni.


            Bila loceng sekolah berbunyi je,mak arahkan Mizal untuk beratur mengikut kelas.Dari jauh aku perhatikan,kusut je muka budak kecik tu..tah apalah yang dingomelkannya tu.Tersenyum aku sendirian.Rasa lucu pun ada gak!Tak sampai lima minit berlalu,budak kecik ni terus meluru g kat kitorang & melenting.Rupanya dia tak jumpa rakan-rakan kelasnya & tak tahu nak beratur di mana.Ye lah,jangankan budak-budak,aku sendiri pun kalut tengok beratus kanak-kanak beratur.Tanda pengenalan kelas pun takde.Tanya kat adik-adik yang lain masing-masing pun blur tak tahu kelas apa yang dorang tengah dok beratur sekarang...hehe....gelagat!!Terpaksa lah melilaukan mata mencari-cari kot2 ada cikgu kelas yang boleh aku tanya & minta bantuan.Alhamdulillah,semuanya berjalan lancar sehinggalah semua pelajar dibenarkan naik ke kelas masing-masing.


          Sampai di kelas,Mizal dapat menghidu kehadiran aku.ditolehnya ke belakang tempat dimana aku berdiri sambil tangan dilambai padaku.Terpancar keriangan di wajahnya bila melihat aku naik ke kelasnya.Perhatiannya pada guru kelas mula terganggu.Papan hitam tak mahu dipandang,tapi aku je yang ditoleh tak henti-henti.Disebabkan tak mengganggu fokus Mizal,aku pun beredar..Sebelum sempat nak turun tangga,ada satu kelas ni dah menarik perhatian aku.Seorang guru wanita yang cantik rupa parasnya & seksi bentuk tubuhnya walaupun hanya berbaju kurung & bertudung ,sedang tekun mengajar muridnya.


 Cikgu: Stand up..Good morning class....??
Pelajar:(Diam & sepi)
Cikgu: Good Morning class.....???
Pelajar: (Diam & di tenung saja muka cikgu yang cantik itu)


Si cikgu pun memberitahu pelajar apa maksud setiap perkataan yang diucapnya & memberitahu agar mereka berdiri & menjawab Good Morning teacher bila cikgu  berkata "Good Morning Class..?"Setelah pelajar menunjukkan reaksi faham , cikgu pun mengulangi


Cikgu:Stand up..Good Morning Class....???
Pelajar:Stand uppppp.....Goood morninggg classss..
Cikgu:(tepuk dahi)


aku apalagi,ketawa terguling-guling lah..ingat Sinchan nyanyi pulak..guling-guling..macam tenggiling..




3ptg-Rehat time
yeehaaa..!!!inilah masa yang ditunggu-tunggu.Emak dah standby dgn beraneka juadah.Tunggu Mizal sampai je!Aku pulak duduk di table lain.Saja tak nak duduk semeja dgn budak kecik tu takut mengada-ngadanya datang.Dibuatnya merajuk tak semena-mena dah satu hal nak pujuk lagi.Takde hujan takde ribut tiba-tiba banjir kan susahhhhh..tu lah adikku yg sorang ni..nak merajuk tak kira masa.Anytime!


Sebenarnya,selain emak aku ditemani orang yang tersayang juga.Bersama yang tersayang,aku dok memerhatikan ragam anak-anak kecil yang lain.Di satu sudut,seorang kanak-kanak perempuan memegang duit RM1.Matanya melilau kanan & kiri sambil berjalan mundar-mandir.Takde sape pun datang temankan.Tak lama selepas tu,kelibatnya kelihatan.Di tangannya memegang puding @ dadih.Aku pun kurang pasti.Bekasnya terlalu kecik & isinya ciput je..Kalau tu je lah yang adik tu makan memang tak kenyanglah jawabnya.Aku perhatikan je setiap langkahnya dengan ekor mataku.Rasa kesian pulak aku tengok adik tu duduk sorang-sorang di meja yang paling belakang & paling hujung.Makan sorang-sorang tanpa kehadiran ahli keluarga & rakan-rakan.Satu ayat yang boleh aku gambarkan adalah "sendiri & sepi".(chewahh..)


Di satu sudut pula,aku melihat seorang ayah bersama anak lelakinya.Di tangan si ayah ada beberapa keping duit syiling yang disusun menegak.Kelihatannya sedang bercakap dengan suara yang tegas tapi lembut,wajah yang serious tapi tak marah.Pada pengamatan aku,mungkin si ayah lagi menegur anak yang dah beli makanan tapi baki duit tak mencukupi.Apa yang aku perhatikan kebanyakan dari ibu bapa,memang sengaja membiarkan anak-anak dorang beli makan sendiri & mereka hanya memerhatikan dari jauh.Tujuannya untuk melatih anak-anak supaya kenal duit & boleh menguruskan diri sendiri bila ibu bapa tak lagi datang menemani.Apapun,sian aku tengok adik tu.Tapi sempat juga aku tersenyum dalam hati.Teringat masa aku darjah 1 dulu,dalam semua adik beradikku,hanya aku yang tak pernah merasa pengalaman ditemani ibu bapa ke sekolah.Maklumlah,aku ni anak no.2.Jadi,kak Maria yang menjadi pengganti emak.Tiap rehat aku beli makan & minuman sendiri.Tak pernah cengeng & tak pernah menangis seperti rakan-rakan seangkatanku yang lain.Apapun,aku bersyukur kerana penglaman macam ni lah yang membuatkan aku menjadi seorang yang kuat,berhati kental juga pandai berdikari tanpa menyusahkan keluarga(.Lari tajuk pulak..adehhhh)


Selain dari itu,ada juga sorang adik yang duduk bertentangan dengan aku.Cantik rupa parasya.Lelaki! saling berkongsi makanan & minuman dengan teman-teman yang lain.Kiranya kenyang juga lah adik ni kerana dah berkongsi makan dengan 3 orang teman yang lain.Dan yang lucunya,semua rakannya membawa bekal yang sama iaitu nasi lemak.Bezanya,mungkin dari segi kuantiti & rasanya saja lah..Al-maklumlah,ibu lain-lain kan,jadi air tangan pun lain-lain lah ye....Yg menariknya,apa yang aku perhatikan pada hari ini semua pelajar yang membawa bekal,hanya seorang je yang aku nampak makan nasi berlauk rendang selebihnya nasi lemak.Naik hairan juga lah aku.Menu yang sama je tiap orang.Adakah trend ibu-ibu sekarang memilih  menjadikan nasi lemak sebagi bekal untuk anak masing-masing?Mungkin  sebab mudah penyediannya & boleh membuka selera anak-anak kotttt..Hanya kaum ibu yang tahu..hehehe


Melihat wajh-wajah polos pelajar darjah 1 dengan berbagai kerenah & ragam,dengan ada yang ditemani ibu bapa @ yang menangis tak henti tanpa makan,minum & duduk kerana ibu bapa tak hadir adalah satu warna riang ria yang pastinya akan menjadi kenangan pada setiap di antara kita bila masing-masing meningkat dewasa seperti saya @pun telah menjadi ibu bapa seperi anda.Pada yang pernah menangis semasa darjah 1 dulu juga, pasti akan tesenyum manis bila kenangan itu menjelma di depan mata kita semula.Apa yang pahit dahulu,adalah kenangan manis di masa hadapan kerana pengalaman yang diberi tak ternilai harganya & setiap kenangan yang manis pastinya akan menjadi lebih manis... :-)


huwarrggghhh..(mengantuk,dah Subuh rupanya)

3 comments:

fendy said...

teringat masa pertama kali masuk skolah darjah 1... aku nangisss.... waaaaa... kelakor sgguh...

Unknown said...

Wah cerita ini sudah kita lalui sayang...hehe. http://blog.fokusjutawan.com

Azri (RedMutant) said...

aku lak tersalah masuk kelas...teruih je duduk kelas darjah 6...hahaa