Srikandi Timur

Srikandi Timur
Sehalus rasa,Sedalam Makna

"Jangan Lupa Komen Ye..."

Anda Boleh Menukar Fon Pada Blog Ini Untuk Keselesaan Semasa Membaca

05 January 2011

JADI DIRI SENDIRI

Yuhuuuu...hehe ceria semacam pulak aku harini.Mungkin sebab aku dah sedar tentang satu hakikat yang sangat besar yang perlu aku terima dengan hati terbuka iaitu JADI DIRI SENDIRI.Besar maknanya tu...
Ada kawan dah tegur,katanya dia merasa janggal bila membaca blog aku kerana merasakan penulis  blog ini bukanlah  Lieza@MyZarrah PutriLilin tapi orang yang tak dikenali..Uit!tergamam aku seketika..huwaaaa sedihhhhh

Boleh pulak jadi macam tu kan?hurmmm

"Lieza yang saya kenal bukan macam ni,saya rasa janggal bila baca blog awak ni..bukan macam awak je..sebab awak yang saya kenali tak membahasakan diri sebagai aku.Awak sering membahasakan diri saya,kenapa perlu ber"aku2"..JADILAH DIRI SENDIRI!|" luah kawan saya tadi.

Panggggg!!Satu tamparan terasa hinggap di pipi.Bukan kena tampor betul2 ye..terasa macam je.huhu..
Aku terdiam seketika.Berfikir barangkali,aku pun tak pasti.Hurmmm betul juga kata kawan aku ni.Memang sepanjang aku menulis dah banyak kali sebenarnya perkataan aku & saya tu bercampur aduk..sat saya,sat g aku.Banyak kali kuga kena baca balik & backspace.

Sebenarnya,bila aku menulis,aku duduk bersendirian.Sambil menaip sambil bercakap dgn diri sendiri.Tu  yang keluar perkataan aku dari mulut tuan hamba ni.Tapi,bila penulisan tuan hamba tujukan pada umum,hamba mula membahasakan diri sebagai saya.Tapi bila dah baca balik...fuyooo!!memang berterabur..

Kesimpulannya,hamba dah mula merasa selesa menggunakan "aku".Dah tak kekok & janggal macam mula2 dulu.hehe

Bercerita tentang isu aku & saya ni, teringat zaman2 berkerjaya dulu, bila berkomunikasi ngan kengkawan  yang membahasakan diri sebagai aku ,sementara aku tetap dengan pendirian diri sendiri menggunakan istilah saya.Bagi aku saya tu tanda kelembutan,tanda penghormatan.Jadi bila membahasakan diri sebagai saya,aku merasakan dah memberi penghormatan pada orang yang sedang bercakap dgn diriku.Selalunya kawan2 yang ber"aku2" akan rasa tak selesa dengan diri sendiri.Senang cerita,tak mahu menjadi diri sendiri kerana pada akhirnya dorang pun akan menukar aku kepada saya.Mungkin rasa kekok,janggal & rimas dgn bahasa yang macam ayam & itik.Yelahhh..sorang aku,awak,sorang lagi aku engkau.Hahaha...

Aku sentiasa meletakkan jurang antara dua ayat tu.Biasanya,bila seseorang menggunakan aku,yang seorang lagi pasti akan digelar "engkau".Sejujurnya,aku akan merasa kecil hati bila orang meng"engkau2kan" diri aku walaupun yang memanggil adalah lebih berusia dariku.Rasa macam dikasari & tak dihormati.Bukan yang tua saja perlu dihormati,yang muda juga perlu.Sebab tu aku enggan nak ber"aku2" sebab  tak mahu kedengaran biadab pada pendengaran orang lain & aku tak mahu juga orang biadab pada aku.Bukan nak tunjuk bagus,tapi mungkin sebab perawatakan aku yang suka di manja & disayangi membentuk diriku menjadi seperti ini.Memang betul pun ,bila saja aku di "engkau2kan,rasa downnn sangat,rasa macam diri ni tak bagus,macam takde nilai sebab aku sentiasa percaya sesuatu yang cantik & indah pasti akan digelar dgn panggilan yang cantik & indah.Jadi,bila orang tidak memanggilku dgn gelaran yang tak sedap didengari,aku mula malu & marah pada diri sendiri.Itulah aku!Diri aku!

Yang pastinya,aku sentiasa berusaha dari hari ke hari untuk menonjolkan diriku yang sebenar.Jadi diri sendiri
itu indah kan.....??



MEMERLUKAN KHIDMAT PHOTOGRAPHER PROFESSIONAL DI SEBARANG MAJLIS??SILA KLIK 
http://www.grartist2u.blogspot.com

5 comments:

Unknown said...

Terima kasih sayang....

azira azri said...
This comment has been removed by the author.
fendy said...

good job my dear.... =)

Anonymous said...

http://thekarpidole.blogspot.com/
http://renunganku-drynandozz.blogspot.com/
hai.. :)

SrikandiMelayu said...

@drynandozzHai....