Srikandi Timur

Srikandi Timur
Sehalus rasa,Sedalam Makna

"Jangan Lupa Komen Ye..."

Anda Boleh Menukar Fon Pada Blog Ini Untuk Keselesaan Semasa Membaca

13 January 2011

SEPETANG DI BENDANG

Gambar ni diambil beberapa hari yang lepas.Masa ni saya tengah meninjau sawah padi yang saujana mata memandang.Sangat luas!

Tak lama lagi padi dah boleh dituai.Nak juga rasanya buat kerja2 kampung ni sebelum balik KL.Entah apa rasanya dapat buat kerja orang2 kampung yang dianggap takde class oleh masyarakat di bandar .Urban lah katakan...huhu
Dulu pun saya tak minat,tapi bila dah turun tengok sendiri,hati terdetik pula  untuk mencuba.Boleh lagi tambah 1 pengalaman hidup.
Tapi kan,ada 1 yang menjadi masalah saya untuk turun ke sawah,Entah macam mana nak menghadapi.Dalam diri ni nekad nak atasi kekhuatiran yang bersarang.Hmmmm saya yakin saya boleh..

Dalam perjalanan balik,saya terjumpa benda yang buat saya lemah semangat,iaitu pacat!Hoiiii berdiri bulu roma..seram sejuk terasa.Berlari saya masuk ke kereta sambil memeriksa kaki kot2 ada yang melekat seekor dua & menghisap darah.

Cuak juga lah time tu.Macam mana ni...?????Baru tadi nekad nak atasi ketakutan & kekhuatiran yang membelenggu tapi  sekarang ni dah terketaQ.Ha,macam mana tu....?
Kita tengok lah pasni..boleh ke tak saya bersawah.Hehe

2 comments:

Unknown said...

boleh ajer balut kaki dgn pastik sampai pingang atau pakai pakaian ke bulan ok lah tu, hehehe :-)

fendy said...

ermmm.... good job my dear.. =)